Dakwah dan Tarbiyah

Peluang tak datang berkali-kali,tau?

“…Dia telah memilih kamu dan Dia tidak menjadikan kesukaran untukmu dalam agama…” (Al-Hajj;22:78)

Dulu, aku selalu terfikir “kenapa agaknya Allah pilih aku untuk berada diatas jalan dakwah dan tarbiyyah ni”?Aku bukan orang yang baik. I mean, kadang-kadang dulu solat pun entah ke mana, Al-Quran pun jarang sekali disentuh. Dan aku bukan belajar bidang agama. Aku amik kejuruteraan. Bukan di Mesir tapi di Jepun. Dan dulu semasa aku di kolej persediaan, aku selalu fikir, kenapalah akak-akak senior yang ajak aku usrah ni semua tudung-tudung labuh. (er,kalau tudung singkat,mesti aku was-was pulak.)oho. Bukan itu. Maksud aku, apa sebenarnya yang mereka belajr di jepun tu sampai begini hasilnya? wow!  Biar sejauh mana aku berfikir, aku tidak mampu menemukan titik pertembungan itu. Tapi aku tidak menolak. Benda baik, siapa taknak kan.

Dan dulu aku hidup untuk diri sendiri. Aku pentingkan kemahuan aku dan aku tak kisah sangat apa yang orang lain nak kata. As long as aku tidak sendiri, itu sudah cukup bagi aku. Tapi satu perkara yang aku sangat lemah ialah bila ada orang buat baik dengan aku. fuhhh. Dan kerana itu jugaklah, hari ini, aku “terjerat” dalam jalan dakwah dan tarbiyyah. Eh, jangan fikir aku memprotes kerana terjerat disini. Aku gembira, seriously.

“Orang yang hidup bagi dirinya sendiri akan hidup sebagai orang kerdil dan mati sebagai orang kerdil. Tapi orang yang hidup bagi orang lain akan hidup sebagai orang besar dan mati sebagai orang besar”. (Sayyid Qutb)

Bila hidup aku dikelilingi dengan masyarakat not-yet-muslim, aku rasa sangat bersyukur Allah pilih aku atas jalanNya ini. Bukan kerana masyarakat jepun jahat. Tak. Mereka cukup baik, bersopan santun, dan pada aku apa yang tiada pada masyarakat jepun ini hanyalah agama. Sampai kadang-kala aku termalu sendiri dengan disiplin dan sikap yang ada dalam masyarakat mereka. Cuma, ada satu “penyakit” aku kira akan melanda mana-mana pelajar yang belajar diluar negara, aku kira. Akan ada masa yang kita rasa sangat sunyi, dan of course kita akan buat something untuk hiburkan diri sendiri. Tapi, bila aku sunyi, aku tau aku masih punya Dia. Yang bersabar dengan aku dalam setiap ketika. Dan bila masa itu datang, biasanya aku akan membaca ayat-ayat cintaNya dan menangis sendiri. Cukup untuk aku luahkan kepada Dia yang aku sendiri tidak memahami perasaan ini.

Mungkin orang lain tidak melalui keadaan ini, aku tidak pasti. Dan aku yakin, setiap manusia itu sendiri jalan ceritanya berbeza. Perasaan yang dihadapi dalam jalan ini juga berbeza. Tapi, bagi aku, aku rasa bertuah. Aku teringat kata-kata seorang akhawat tempoh hari;

“Kita selalu terfikir kenapa Allah pilih kita atas jalan ini. Bukan kita je. Dari dulu lagi pemilihan ini dah berlaku. Sejak zaman para nabi. Malah sebelum itu lagi, bilamana Allah memilih para malaikat. Dan pemilihan itu berlaku lagi hari ini. Mungkin kita tak tau sebab Allah pilih kita tapi yang pasti, Allah nampak ada sesuatu kebaikan dalam diri kita yang boleh disumbangkan kepada agamaNya. Instead of kita asyik fikir kenapa, lebih baik kita tingkatkan diri sendiri supaya kita boleh sumbangkan sesuatu atas jalan ini. Sebab pemilihan itu sentiasa akan berlaku. Dan kita tak tahu sampai bila kita akan terpilih.” 

SayuTakut.

Aku tidak pernah membayangkan diri aku kalau tidak berada di atas jalan ini. Mungkin aku akan hanyut dengan dunia. Nauzubillah.

Dan aku yakin, setiap manusia itu pintu hatinya pasti akan diketuk Illahi. Cuma bila dan dimana, aku tidak tahu. Kerana setiap manusia, kunci untuk hatinya berbeza-beza. Macam aku, kalah dengan kebaikan manusia. alahai. Dan sebenarnya, anda yang membaca post ini juga, mungkin telah dipilih oleh Dia. Jadi apa lagi? Sampai bila mahu begini? Mari, Kita sama-sama kejar syurga Illahi!

“When the chances come to you, grab it. Because maybe there is no no second chance.”

25102012.

One thought on “Peluang tak datang berkali-kali,tau?

Leave a comment