Global

Nikmat hidup berTuhankan Allah. Enjoy it to the fullest!

Selama lebih kurang 3 tahun merantau, menuntut ilmu di negara orang, banyak pengalaman yang saya kutip. Ya, hidup di sini tidak semudah yang saya sangka, atau jika diungkapkan dalam perkataan lain, hidup di sini ada waktu yang sangat sukar. Saya tahu, semua orang punyai waktu sukar masing-masing. Saya pernah mengalami waktu di mana, saya terasa ingin pergi jauh dari dunia ini. Ingin pergi ke tempat di mana tiada yang mengenal diri ini, berharap saya tidak perlu melalui waktu yang sukar itu. Tapi, itu sangat mustahil. Masalah tidak akan selesai dengan mengelak. Lalu, saya ceritakan masalah saya pada seorang sahabat. Keesokan harinya, saya menerima e-mail darinya. Bunyinya begini,

“Dear sahabat, ingatlah bahawa kita ini adalah daei. Kita bawa mesej islam dalam setiap kelakuan kita. Ada masa iman kita naik, ada masa iman kita turun. Ada masa Allah bagi kebahagiaan, ada masa Allah bagi keserabutan pada kita. Itulah realiti kehidupan kita. Tapi, Allah janji dalam surah al-insyirah bahawa bersama kesulitan itu ada kemudahan. Allah juga berjanji, yang Dia akan melapangkan dada kita, you ingat lagi ibrah dalam surah tu? Dada sempit Allah lapangkan, ada kesulitan kemudiannya ada kemudahan. Lepas masalah dah settle kena terus buat kerja lain. Tapi bila buat kerja lain, dada mungkin kembali sempit, Allah lapangkan. Bila sulit, Allah mudahkan. Thats all a circle. Tapi jangan lupa ayat last dalam surah tu, balikkan semuanya pada Allah.”

“Dear sahabat, Allah itu kalau ditanya kataNya Dia sangat dekat. So, you pun kena yakin dengan ayat ni. Dengan keserabutan semalam, kita sepatutnya lebih dekat dengan Allah hari ni. Jangan lupa syukur, jangan lupa istighfar, jangan lupa untuk ingat Allah dalam setiap saat kita. Semoga Allah permudahkan kamu sahabatku. “

Terharu membaca mesej darinya. Subhanallah, Maha Suci Allah yang telah mengutuskan sahabat yang sebaik ini untuk saya. Benar, ketika kita bermasalah, ketika dada kita terasa sempit, Allah lah tempat mengadu yang utama.

Allah itu dekat sebenarnya.
Dia hadir dalam setiap keluhan, hembusan nafas kita. Dia sentiasa di sisi kita. Cuma kita yang terkadang lalai dan terlupa pada Nya.
“dan apabila hamba-hamba Ku bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada Ku. Hendaklah mereka memenuhi (perintah) Ku dan beriman kepada Ku, agar mereka memperoleh kemenangan.”
al-baqarah 2:186

Tapi, manusia itu lumrahnya tidak kuat bila berseorangan.
Manusia itu perlu pada peneman. Saat sukar, saat senang kita akan tend to mencari teman kita untuk berkongsi kegembiraan atau kesedihan mahupun kesukaran hidup kita. Tapi siapakah teman yang baik? Teman yang baik apabila kita memandangnya kita akan teringat pada Allah. Bila kita ceritakan masalah kita padanya, dalam nasihatnya pasti ada Allah. Bersyukurlah jika dikurniakan teman sebegini.

Selepas pulang dari tanah air menenangkan fikiran, merasai udara kampung, memeluk ummi tercinta, hati saya lebih tenang berbanding dulu, malahan terasa lebih lapang. Maka benarlah janji Allah
Kerana sesungguhnya bersama setiap kesulitan, ada kemudahan. Sesungguhnya bersama setiap kesulitan ada kemudahan”
al-insyirah 94:5-6
Nikmat hidup berTuhankan Allah. Enjoy it to the fullest!
Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s