Tazkirah

Dzulhijjah

Image

Bismillahirrahmanirrahim…

Alhamdulillah, bersyukur pada Allah yang telah menganugerahkan dua nikmat terbesar, iaitu nikmat iman dan Islam. Selawat dan salam ke atas Nabi dan utusan-Nya, serta pada keluarga dan para sahabat baginda.

Dalam sedar atau tidak sedar, sudah genap seminggu sehari kita melalui sepuluh hari terawal bulan Dzulhijjah. Masih ada baki dua hari lagi untuk menyambut Hari Raya ‘AidilAdha. Rasanya macam baru sahaja menyambut Hari Raya ‘AidilFitri kan? Esok lusa dah nak raya ‘AidilAdha pula. Cepatnya!

Seperti yang kita sedia maklum, bulan Dzulhijjah adalah bulan umat Islam menunaikan ibadah haji dan menyembelih korban. Bulan Dzulhijjah juga adalah salah satu daripada bulan haram dalam bulan-bulan Hijrah. Apakah yang dimaksudkan dengan bulan haram?

Allah berfirman, ”Sesungguhnya bilangan bulan pada sisi Allah adalah dua belas bulan, dalam ketetapan Allah di waktu Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan haram. Itulah agama yang lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan yang empat itu, dan perangilah kaum musyrikin itu semuanya sebagaimana mereka pun memerangi kamu semuanya, dan ketahuilah bahwasanya Allah beserta orang-orang yang bertakwa.” (At-Taubah: 36)

Nabi saw. bersabda, “Satu tahun itu ada dua belas bulan. Di antaranya ada empat bulan suci. Tiga bulan berturut-turut iaitu Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharram. Dan satu bulan lagi adalah Rejab yang terletak antara Jamadil Akhir dan Sya’ban.” (HR Muslim no. 1679)

Ramai yang tahu tentang kelebihan bulan Rejab, Sya’aban, dan Ramadhan. Namun ramai yang terlepas pandang tentang kelebihan bulan Dzulhijjah ini. Yang biasa didengar, Hari Raya Korban atau Hari Raya Haji. Apa yang kita tahu pada bulan ini ialah solat sunat di pagi raya dan kemudiannya melihat pakcik-pakcik menyembelih lembu, kambing, kerbau ataupun unta.

Selain itu, kita tahu bahawa pada bulan ini juga, jutaan umat Islam menunaikan ibadah haji di Tanah Suci Mekah. Adakah setakat ini sahaja pengetahuan kita?

Jom kita lihat apakah kelebihan bulan Dzulhijjah ni sebenarnya.

Allah telah berfirman, “Demi waktu fajar, dan malam yang sepuluh(yang mempunyai kebaikan di sisi Allah).” (Al-Fajr:1-2)

Daripada Ibn Abbas r.a bahawa Rasulullah bersabda :

“Tiada amal soleh yang dilakukan pada hari-hari tertentu yang paling disukai oleh Allah melebihi amal soleh pada hari-hari ini” (iaitu 10 hari awal Dzulhijjah).
Para sahabat bertanya : “Ya Rasulullah! Ia melebihi (semua amalan) walaupun dibandingkan dengan berjihad pada jalan Allah?”
Jawab Rasulullah : “Walaupun dengan amalan jihad pada jalan Allah. Kecuali orang yang keluar berjihad dengan nyawa dan hartanya, lalu dia tidak pulang dengan apa-apa.
(mati syahid dan hartanya habis)”.
(Riwayat Abu Daud).
Daripada Abdullah bin Umar r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda : “Tidak ada suatu hari yang lebih agung disisi Allah dan tidak pula ada amalan yang lebih baik dicintaiNya selain amal yang dikerjakan pada sepuluh awal bulan Dzulhijjah, maka perbanyakkanlah padanya tahlil,takbir dan tahmid.”
(Riwayat Ahmad)
Hari Arafah adalah sebahagian dari 10 hari awal Dzulhijjah. Selalunya umat Islam menjalankan ibadah puasa sunat pada 9 Dzulhijjah. Hari Arafah merupakan hari pengampunan, hari terbebas dari seksaan neraka dan hari yang mempunyai kemuliaan yang tersendiri. Pada malam hari Arafah, Rasulullah akan berdoa untuk umatnya sehingga menangis-nangis.
Kita yang tidak mampu menunaikan haji tak semestinya kita tak perlu berbuat apa-apa. Banyak lagi amalan sunat yang boleh kita lakukan seperti memperbanyakkan membaca al-Quran, menjaga ibadah solat fardhu, bersedekah, qiamullail, memperbanyakkan istigfar dan zikrullah. Sesungguhnya setiap amalan kita akan dihitung oleh Allah Ta’ala. Allah itu kan Maha Pemurah lagi Maha Pengasih.
Jika kita tidak mampu memperbanyakkan amalan pada hari-hari yang disukai Allah, jangan pula kita melakukan maksiat dan kemungkaran yang boleh mengundang kemurkaan Allah Ta’ala.
Masih belum terlambat untuk kita rebut peluang yang ada, selagi kita masih hidup dan walaupun dua hari sahaja lagi yang berbaki, jom tingkatkan prestasi ibadah!
Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s