Tazkirah

Hidup kerana Allah

assalamualaikum wbt,

semoga setiap jasad yang membaca entri yang tidak seberapa ini sentiasa dalam rahmat Allah. Sesungguhnya rahmat Allah itu luas, jangan sesekali kamu berputus asa. Sesungguhnya Allah tidak menyukai hambanya yang berputus asa.

人生は何ですか? いつもいつも自分に聞いて答えがなかなかでない!( apakah itu kehidupan? selalu bertanya pada diri tentangnya tetapi seperti tidak ada jawapan )

Setiap kali melangkah kaki, menuju kepada apakah matlamat hidup yang sebenarnya? Kadang-kadang terjatuh, tergolek, tersungkur. Tetapi semua itu dihadiri dengan kekuatan untuk terus bangun dan mengejar impian! Tanpa usaha, tiada hasil dan pasti dalam diri setiap kita ada prinsip ini. Bagi aku, selama berpuluh-puluh tahun.Kalau dulu, hidup adalah untuk mendapat tempat belajar yang bagus, selepas tu, kerja yang bagus, untuk gaji yang lumayan, seterusnya berkahwin dan mempunyai anak, seterusnya terus bekerja dan bekerja, tapi untuk apa? Semua ini terus bermain difikiran. Ia seperti satu bulatan hidup yang akhirnya berpusing pada benda yang sama dan tidak kekal dan tidak pasti mungkin.

Apa yang kekal?

Allah yang kekal. Akhirat yang kekal. Mati yang pasti!

Berapa ramai orang di luar sana membunuh diri akibat dari putus asa dengan hidup mereka. Berapa ramai di luar sana langsung tidak pernah bersyukur dengan apa yang ada pada mereka? Berapa ramai diluar sana masih lagi mencari-cari apa itu hidup yang sebenar?

Sayangku semua,

Allah yang menciptakan kita. Kita dicipta oleh Allah. Dan hari ini ku bertemu dengan satu jawapan, hiduplah kamu kerana Allah. Dia Maha Mengetahui, yakinlah yang Dia Maha Mengetahui segala sesuatu. Di saat kita jauh dari Nya, Dia terus menarik kita. Bersyukurlah seandainya diberi ujian yang boleh mendekatkan diri kita padaNya. Janganlah kita berputus asa dengan ujian hidup. Seperti yang biasa didengari, ” Kenapalah hidup aku macam ni ?” JANGAN mengeluh ! Ingatlah bahawa Allah sayangkan kita dengan menghadirkan ujian-ujian kepada diri kita dan ingatlah bahawa kita adalah orang yang terpilih untuk ujian-ujian itu. Berapa ramai diluar sana yang masih lagi terumbang-ambing mencari dan terus mencari. Dimana pun kita, dengan siapa pun kita bersama, bila Allah ingin menguji, ujian itu tetap kita perlu hadapi. Sesusah mana pun ujian itu, sesungguhnya Dia Maha Mengetahui kemampuan hamba-hambanya.

DUNIA HANYALAH MEDAN AMAL KITA MENUJU AKHIRAT. DUNIA IALAH TEMPAT MENUJU KEMATIAN.

Cuba kita muhasabah semula apa yang telah buat dalam hidup selama berpuluh-puluh tahun ini? Adakah cukup dengan apa yang kita telah buat ini  membolehkan kita masuk  ke dalam syurga Allah yang terlalu indah itu? Cuba kita hayati kehidupan Rasulullah dan sahabat-sahabatnya. Mereka bermati-matian mencari redha Allah, bermati-matian berfikir bagaimana untuk menaikkan Islam, bermati-matian menggadaikan harta dan jiwa untuk jalan Allah dan semestinya mereka layak untuk syurga Allah.

Allahuakbar. Kita hari ini adakah seperti mereka? Adakah kita hari ini sanggup bila Allah memberikan kita harta yang banyak dan sanggup menggadaikannya demi islam? Adakah kita hari ini sanggup meninggalkan keluarga kita demi islam? Adakah kita hari ini sanggup berada di depan demi islam? Hayatilah sirah nabi-nabi dan insyaAllah kita pasti merasai nikmat hidup untuk islam. Kenapa Allah menceritakan kisah nabi-nabi terdahulu di dalam Al-Quran? Hanyalah untuk kita hari ini mengambil pengajaran dari setiap apa yang berlaku.

Hiduplah kerana Allah. Carilah cinta Allah. Carilah Allah.

Kejarlah Allah, kelak dunia akan mengejar kamu. Kejarlah Allah, kelak dunia akan senang bagi kamu 🙂

Taqarrub pada Allah!

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s