Anak Rantau

Sekadar Bercerita. . .

Jepun. Siapa yang tidak kenal dengan negara matahari terbit ini? Negara yang serba canggih dengan teknologinya yang berkembang pesat bak kacang hijau yang membesar pantas lalu menjadi sayur taugeh yang enak. Penduduknya yang berdisiplin, mematuhi undang-undang jalan raya, menjaga kebersihan, menepati masa apatah lagi pengurusan masa mereka dalam rutin seharian. Sesungguhnya, sifat-sifat, tabiat dan kepatuhan mereka semuanya sudah cukup syarat dan sesuai dengan ciri-ciri seorang muslim berhemah. Sayang sekali, meraka tiada pegangan agama dan kebanyakan mereka tidak mempercayai kewujudan Tuhan.

 

Contohnya, ibu kota metropolitan Tokyo, yang padat dengan rangkaian laluan ‘densha’ keretapi sehingga tidak dapat dikenalpasti ‘KL Sentral’ nya kerana boleh dikatakan hampir kesemua stesen pertukarannya adalah ‘KL Sentral’. Antaranya seperti stesen Tokyo, Shinjuku, Yokohama, Omiya, dan banyak lagi. Setiap berselang hari, akan ada sahaja kes bunuh diri di mana-mana rel ‘densha’ yang terpilih. Astagfirullahal’azim… ‘

 

Bercakap tentang ‘densha’, sangatlah sinonim dengan akhawat Jepun. Setiap minggu, akan bergeraklah akhawat jepun, tertamanya para da’ie yang ke sana ke mari menghadiri daurah, mukhayyam, memberi pengisian, melengkapkan bulatan gembiranya dan banyak lagi agenda-agenda yang perlu disusun oleh para da’ie demi melancarkan lagi pentarbiyahan di bumi sakura ini. Mereka bukan saja-saja suka

mengalirkan wang menaiki ‘densha’ untuk berjalan-jalan pusing Tokyo, tetapi dengan penuh tanggungjawab sebagai khalifah dan hamba Allah swt.

 

Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat,’Aku hendak menjadikan khalifah dibumi.’ Mereka berkata, ‘Apakah Engkau hendak menjadikan orang yang merosak dan menumpahkan darah di sana, sedangkan kami bertasbih memuji-Mu dan menyucikan nama-Mu?’ Dia berfirman, ‘Sungguh, Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui.’

[Al-Baqarah: 30]

 

Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada-Ku.

[Az-Zariyat: 56]

 

Bukan sahaja para da’ie, asalkan mereka yang bergelar akhawat, amat lah gemar menantikan promosi tiket ‘densha’ yang murah untuk berjaulah dan menziarahi sesama mereka. Semenjak peristiwa Tsunami yang melanda kawasan Tohoku di Jepun,pihak pelancongan Jepun dengan kerjasama syarikat keretapi Jepun telah banyak melancarkan promosi tiket ‘densha’ dengan harga yang berpatutan untuk memberi bantuan kepada penduduk Jepun di kawasan Tohoku. Akhawat Jepun juga tidak melepaskan peluang untuk membantu dan sekaligus dapat melancarkan lagi perjalanan tarbiyah mereka hingga ke kawasan mereka yang tinggal jauh.

Almaklumlah, berjalan di dalam Jepun itu sendiri agak mahal dan tak semua orang mampu menghabiskan percutian mengelilingi satu Jepun. Oleh itu tidak hairan lah jika kebanyakan akhawat Jepun akan berjaulah di Negara jiran seperti China dan Korea.

 

Selain kemudahan ‘densha’, akhawat akak bergerak ke program menggunakan perkhidmatan bas ekspress. Bas ekspress di Jepun tidak seperti bas ekspress di Malaysia. Pengalaman menaiki bas ekspress di Jepun boleh kata sama dengan menaiki bullet train atau pun kapal terbang. Dengan perkhidmatan bas ekspress yang begitu selesa, maka harga tiket bas juga mestilah bersesuaian mengikut keselesaan. Alhamdulillah, kemudahan perkhimatan pengangkutan awam di Jepun sebenarnya sudah cukup membantu kelancaran tarbiyah di bumi sakura, cuma tinggal pengorbanan akhawat untuk mengeluarkan belanjawan sahaja. InsyaAllah, akhawat di bumi Jepun ini bukanlah jenis yang berkira dan tidak kedekut kerana mereka yakin dengan janji-janji Allah swt dan tidak akan melepaskan peluang untuk melakukan amal jariah kerana amal itulah yang akan berterusan walaupun selepas mereka mati.

 

Berangkatlah kamu baik dengan rasa ringan maupun dengan rasa berat, dan berjihadlah dengan harta dan jiwamu di jalan Allah. Yang demikian itu lebih baik bagimu jika kamu mengetahui.

[At-Taubah: 41]

 

Dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah saw bersabda: “Apabila seorang manusia mati,putuslah (tulisan pahala) amalan(setakat itu) kecuali tiga perkara(yang akan berlanjutan tulisan pahalanya) iaitu sedekah jariah, ilmu yang memberi faedah kepada orang lain dan anak-anak soleh yang mendoakan untuknya.”

[Hadith Sahih: Riwayat Imam Ahmad]

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s