Dakwah dan Tarbiyah

Habis Madu Sepah Dibuang

Assalamualaikum wbt..=)

Apa khabar iman kita?Apa khabar Ramadhan kita?Pecutan makin laju atau makin semput?
Masih ada 2/3 Ramadhan lagi.Mari kita manfaatkan sepenuhnya kerana tiada siapa yang boleh jamin kita masih berpeluang bertemu dengan Ramadhan tahun depan.

Pada bulan ini selain berpeluang merebut pahala-pahala bonus,Allah berikan kita peluang bersilaturahim,berukhwah dengan bertemu muslim lain sama ada yang baru pertama kali bersua atau yang sudah lama kenal.Baik semasa terawih atau iftar mahupun ketika rambang mata melihat juadah di bazar ramadhan!Kita berpeluang beramah mesra dengan akhwat-akhwat kesayangan hati yang adakalanya bertemu di tempat yang tidak disangka-sangka.Bak kata seorang murabbi hebat,sekarang akhwat ada di mana-mana.Bukan lagi seperti dahulu di mana akhwat itu seperti kerengga di kalangan semut-semut comel.Bertemu dengan mereka,dirasakan ukhwah begitu manis.Tidak hairanlah gula-gula ukhwah yang dulu hanya diminati ‘kerengga’ kini sudah digilai juga oleh ‘semut-semut comel’.Kerana ianya ternyata manis!sehingga menjilat jari=)

Tetapi ada sisi ukhwah yang mungkin saja kita cantas.Melabel itu bukan ukhwah.Hakikat ukhwah bukan yang manis-manis sahaja.Yang pahit,yang kita kata sepah itu juga sebahagian ukhwah.Andai kita mengharapkan yang manis sahaja dalam dakwah dan tarbiyah ini,kita akan lelah dalam pencarian.Kerana seperti yang biasa diungkap,dakwah ini bukanlah jalan yang ditaburi ros bahkan penuh duri!

Adakala murabbi berasa penat dengan mutarabbi.Penat menunggu perubahan sang mutarabbi.Penat menunggu proses tarbiyah sang mutarabbi itu yang dikata lebih lambat berbanding yang lain.Penat mengajak ke arah kebaikan.

Namun adakalanya juga,mutarabbi itu sendiri penat dengan murabbi.Semakin lama semakin merasakan sang murabbi itu bukanlah susuk ideal yang seperti kita harapkan.Dan malah cenderung mencari-cari kelemahan murabbi.Penat berjauh hati.Penat menunggu kemunculan murabbi berperibadi malaikat.

Akhwatifillah..Andai manis sahaja yang kita mahu,sudah lama medan dakwah dan tarbiyah ini harus ditinggalkan.Kerana medan ini tidak mampu menyantuni keinginan kita untuk bermanis-manis sahaja.Kita kata kita bercita-cita menjadi pejuang agama Allah,tetapi tidakkah kita terfikir bahawa pejuang yang hebat itu bukan lahir hanya dengan menikmati kemanisan sahaja.Tetapi pejuang hebat itu juga harus menikmati kepahitan.Kerana kepahitan dan kesusahan itulah yang akan membentuk susuk hebat.Kembali tanyakan pada diri,mahu jadi pejuang hebat atau pejuang manja?

Seandainya kita merasa seolah-olah ukhwah yang dulunya manis itu beransur-ansur menjadi tawar dan pahit,bersangka baiklah.Jangan disebabkan telah kering manisnya,sepah kita buang.Sebaliknya tanya kembali pada hati,kerana apa aku berukhwah.Kerana nafsu atau kerana Allah?Sentiasalah luruskan niat kembali kerana syaitan tidak akan jemu membisikkan sangkaan-sangkaan yang akan memusnahkan ukhwah.

Saya dengan selebar-lebar depaan tangan dan serendah-rendah hati mengajak kalian semua kembali koreksi diri dan hati.Agar andai suatu hari nanti ukhwah kita diuji,bukan ukhwah yang kita buang tapi manis yang kita cuba ukir kembali.
Supaya kita akhirnya nanti benar-benar mampu memaknai ungkapan ‘Saya Sayang Kamu Kerana Allah’.Sebenar-benar makna.

Wallahua’lam =)

One thought on “Habis Madu Sepah Dibuang

Leave a comment