Cerpen

ENTLEBUCHER SENMENHUND

TENG! TENG! TENG!

[DANGER DETECTED]

ENEMY DISTANCE:300 METER

ENEMY SPEED:10METER/MIN

DANGER LEVEL:3

Anda sedang berjalan. Kelihatan dari jauh kelibat  dua lembaga merbahaya dari arah depan. Ada tali menghubungkan antara kedua lembaga tersebut. Manakala anda pula keseorangan. Cuak.

………………………………………………………………………………………………………………………..

Suatu petang dingin dimusim luruh.

Angin bertiup lembut menyapa pipi.  Mata disaji pemandangan indah alam  keperang-perangan.Telinga menyambut  tenang dendangan lagu dari gajet kesayangan.Mulut melagu perlahan irama lagu rindu. Tenang dan menenangkan. Suatu petang yang tenang yang menjadi pilihan ramai orang untuk bersiar-siar. Kelihatan  disana ada seseorang dengan NIKON D7000,mencari sudut terbaik untuk dirakam. Diseberang situ kelihatan kanak-kanak bergelak ketawa kegembiraan bersama kawan-kawan. Ada disana pasangan sedang bersenam. Manusia ralit dalam lagak masing-masing.

Perjalanan diteruskan. Kini di kawasan yang bilangan orangnya agak berkurangan. Namun ketenangannya  tidak sedikit pun berkurang. Kadang-kadang angin sejuk bertiup lembut. Tiba-tiba, kelihatan dari jauh kelibat yang agak tidak menyenangkan. Mata dan otak bekerjasama secara pantas mentafsir objek berbahaya yang kian menghampiri itu. Pabila ia semakin dekat, benarlah telahan yang dibuat. Salah satu dari makhluk itu adalah makhluk yang tidak digemari bahkan ditakutinya.Kini ia dihadapan sedang dia tidak tahu apa yang harus dilakukan.

ENEMY TYPE: ENTLEBUCHER SENMENHUND

ENEMY SIZE:  HEIGHT-45 SENTIMETER

ROPE LENGTH: 2METER

Otak terus ligat mengumpul maklumat untuk mencari jalan penyelesaian.

PROTECTIVE SUGGESTION:

(Minta izin untuk menggunakan Bahasa Melayu sebab letih nak susun ayat Bahasa Inggeris.^^)

A)Berhenti pada jarak selamat dan buat-buat buat perkara lain.Teruskan berjalan jika pasti keadaan telah selamat.

B)Pergi ke seberang jalan agar tidak berselisihan dan pihak lawan tidak perasan kewujudan anda.

C)Teruskan berjalan dengan selamba sambil buat-buat muka mesra.

Pilihan A dan B agak selamat,tapi sangat terserlah ketakutan dan sedikit mencalar kemachoan Manakala pilihan C amat berisiko tinggi.

………………………………………………………………………………………………………………………………….

Fenomena diatas sering dilalui oleh diri sendiri sebenarnya. Dalam kehidupan seharian di sini, mustahil untuk dalam sehari tidak terserempak dengan anjing yang sedang bersiar-siar bersama tuannya. Seperti semua orang aware bahawa haiwan ini walau secantik dan secomel mana pun ia didandan di salon kecantikan, ia tetap perlu dijauhi. Bukan membenci, ia juga makhluk Ilahi, tapi agar tidak susah kemudiannya perlu menyamak segala.

Jadi langkah yang biasa saya dan kamu ambil ialah menjauhinya. Ada juga kadang-kadang berusaha buat selamba bila lalu ditepi, tapi dalam hati, tuhan saja yang mengerti. ‘Jangan la anjing ni buat-buat mesra jelir-jelir lidah pulak.’ ‘Cepatla sikit jalan makcik itu dan anjingmu.’ ‘Alamak, macam boleh memanjang je tali pengikat leher anjing tu!‘ dan sebagainya. Amatlah berhati-hati dan peka. Segala deria bersiapsiaga.

Alangkah.

Alangkah.

Alangkah baiknya jika sikap kita terhadap sebarang perkara yang bisa merosakkan diri yakni kedua-dua ruh dan jasad, juga kita sebegitu berhati-hati. Senang fahamnya; dosa.

Oohh..saya sangat impikan deria peka terhadap dosa yang sebegitu mantap. Andai saja terdapat gajet bernama SSDP (Self Sin Detector and Protector) yang bisa mengawal diri dari berbuat dosa, berapa harganya pun akan saya usahakan untuk beli. Andai saja ada baju kalis dosa, pasti sanggup berhabis untuknya. Andai saja ada produk kebersihan dan kecantikan hati,saya akan cuba mendapatkannya. Andai saja bla..bla..bla..

WAIT!!…SEKEJAP!!..待って..

Ada..ada..Ya, semuanya ada. Program SSDP telah lama diinstall di dalam sistem hati anda. Sama ada ia telah lama tidak diupdate, atau dikelabukan oleh habuk cintakan dunia dan sarang hiburan berleluasa atau dijangkiti virus giladonya. Bukalah kembali manual sistem kehidupan anda dan berbuatlah mengikut suruhan Pencipta anda. InsyaAllah gajet SSDP anda dan sistem imunisasi anda akan kembali berfungsi.

“Carilah hatimu di tiga tempat… Temui hatimu sewaktu bangun membaca Al Quran. Tetapi jika tidak kau temui, carilah hatimu ketika mengerjakan solat. Jika tidak kau temui juga, kau carilah hatimu ketika duduk tafakkur mengingati mati. Jika kau tidak temui juga, maka berdoalah kepada Allah, pinta hati yang baru kerana hakikatnya pada ketika itu kau tidak mempunyai hati!”   [Imam Al-Ghazali]

Hati itu fitrahnya tidak menyenangi dosa. Hati itu alahannya pada sifat mazmumah. Maka bukankah itu sin detector?

Telah bersabda Nabi S.A.W: Sesugguhnya di dalam tubuh (manusia) ada seketul daging, jika baik daging itu maka baiklah seluruh tubuhnya, dan jika rosak daging itu maka rosaklah seluruh tubuhnya dan ketahuilah bahawa dialah HATI.
( Riwayat Bukhari dan Muslim )

Nah! Bukankah itu self protector?

Nak apa lagi tadi? Baju kalis dosa?

Oh ya, tidak tahukah anda bahawa sebaik-baik pakaian adalah pakaian taqwa?

Taqwa: seumpama seseorang yang terpaksa melalui sebatang jalan yang dipenuhi duri maka semestinya dia akan berusaha menjauhi, berundur atau cermat semasa melangkah agar tidak terpijak duri itu.     [Abu Hurairah]

[1] Takut kepada Allah dalam setiap perkara, [2] sentiasa redha dengan pemberian Allah walau pun sedikit, [3] sentiasa melaksanakan sistem Islam dalam kehidupan sebagaimana yang telah diturunkan oleh Allah melalui al-Quran [4] dan sentiasa bersedia dengan bekalan terbaik bagi menghadapi kehidupan akhirat yang kekal abadi.      [Saidina Ali]

Sanggup berhabis untuk muka dan badan yang cantik?

Produk kebersihan dan kecantikan hati:

TAUBAT.

“Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang taubat dan menyukai orang-orang yang mensucikan diri.” (QS. Al Baqarah: 222).

Oh.. Allah itu Maha Penyayang, Maha Bijaksana, Maha penerima taubat. Kerana Dia tahu kita bersifat pendosa, hari-hari  Dia tunggu taubat kita. Silalah cair dengan sifat Maha Pengasih Allah. Cairkan ego melangit, leburkan cinta pada dunia yang gila, kerana kita mencari cinta kekal abadi yang menyentuh dan menjaga hati iaitu Cinta Ilahi.

Sentuh anjing kena samak, sentuh dosa kena taubat!

#Doakan saya dan kita. Moga beroleh syurga^^

………………………………………………………………..

(Direktori Bahasa Jepun: 待って= Tunggu)

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s