Anak Rantau

sakura,kenapa di sini?

2009, detik kejayaan dalam hidup aku apabila keputusan untuk ke Jepun keluar dan aku layak. Terbalas rasanya usaha 2 tahun di pusat persediaan yang hanyalah kehidupannya seperti robot, bangun pagi dan terus ke kelas, selepas kelas terus ke meja di bilikku untuk mengulang kaji pelajaran. Jika ada masa terluang sikit, ajak kawan-kawan ‘lepak’ di mall yang berdekatan. Kadang-kadang masa itu terfikir, kehidupan ini apa sebenarnya? adakah hanya dimulai kita dilahirkan, belajar, kerja, kahwin, jaga anak, dan mati? Atau hidup ialah  belajar betul-betul supaya nanti akan dapat keputusan peperiksaan yang bagus seterusnya akan mendapat kerja yang bagus, selepas itu dapat membeli kereta dan rumah yang mewah dan menikmati kemewahan itu? Itu kehidupan?

“Ketahuilah, sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan senda gurau, perhiasan dan saling berbangga antara kamu serta berlumba-lumba itu kekayaan dan anak keturunan…..” (al-Hadid, 57:20)

Jelas, ayat diatas tentang kehidupan dunia. Kehidupan didunia ini ibarat kita berada diatas kapal ingin menuju ke sebuah pulau. Pulau itu sebagai matlamat kita iaitu pengakhiran yang baik atau pengakhiran yang buruk dan laut itu sebagai dunia. Jika kita pandai mengemudi kapal yang kita naiki itu dengan baik, badai apapun yang berlaku ketika itu, insyaAllah pengakhiran hidup kita adalah dengan pengakhiran yang baik. Tetapi jika kapal itu hanyut di dalam laut yang kadang-kadang bergelora dan kadang-kadang tenang itu, nauzubillah pengakhiran hidup kita mungkin dengan pengakhiran yang buruk. Kerana dunia ini hanyalah sebagai alat untuk kita mengumpulkan amal untuk kehidupan yang lebih kekal.

Eh, apa tujuan kita hidup ini sebenarnya??

” Dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat,  Aku ingin menjadikan khalifah di bumi….” ( al-Baqarah, 2:30)

“Aku tidak menjadikan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepadaKu” (al-Zariyat, 51:56)

ha, tu dah keluar ayat nya, tujuan sebenar penciptaan manusia. Percaya ke tak tujuan sebenar hidup kita adalah hanya untuk beribadat kepada Allah dan menjadi khalifah di muka bumi ini? Serahkanlah segala-galanya kepada  Allah dan jangan dibiarkan nasib diri kita ditentukan oleh diri kita sendiri.

Begitulah bumi Jepun mengajarkan aku tentang tarbiyah, tentang tujuan hidup dan tentang dakwah! Siapa sangka Jepun yang bukanlah negara Islam mampu menjadi bumi tarbiyah dan itulah kekuasaan Allah, Maha Berkuasa Maha Mengetahui. Walau dimana kita berada sekarang adalah dengan kehendak Allah dan Dia merancang dengan cintaNya. Kalau dahulu aku sangat takut berjauhan dengan keluarga dan berseorangan di sesuatu daerah kecil di Jepun ini, tetapi Dialah yang mengetahui segalanya yang terbaik untuk hambanya. Teringat kata-kata seorang ustaz, cara-cara untuk mengenal Allah.

1) sebutlah kamu nama Allah sebanyak mungkin

2) Apabila ditimpa musibah atau kesakitan, teruslah kamu mengadap dan sujud kepadaNya

3) bermusafirlah ke tempat yang jauh dari kamu, nescaya kamu dapat mengenal Allah =)

“Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkan hatiku keatas agamaMu serta dalam mentaatiMu”

Allahualam.

Advertisements

One thought on “sakura,kenapa di sini?

  1. Reblogged this on and commented:
    “Begitulah bumi Jepun mengajarkan aku tentang tarbiyah, tentang tujuan hidup dan tentang dakwah! Siapa sangka Jepun yang bukanlah negara Islam mampu menjadi bumi tarbiyah dan itulah kekuasaan Allah, Maha Berkuasa Maha Mengetahui. Walau dimana kita berada sekarang adalah dengan kehendak Allah dan Dia merancang dengan cintaNya. Kalau dahulu aku sangat takut berjauhan dengan keluarga dan berseorangan di sesuatu daerah kecil di Jepun ini, tetapi Dialah yang mengetahui segalanya yang terbaik untuk hambanya. “

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s