Sirah

Sebuah Kota Dan Penyucian Hati

Assalamualaikum wbt.

Dalam kita menyambut Hari Raya Korban dan sebahagian umat Islam lainnya mengerjakan Haji, terbayang-bayang di fikiran saya tanah suci Kota Mekah. Tempat di mana hati kita dihadapkan ketika solat; di situ Kaabah. Kaabah yang pertama kali didirikan oleh Adam AS, kemudian dibangunkan semula oleh Ibrahim AS, di situ juga peristiwa indah antara dia dan anaknya Ismail AS. Dan di situ jugalah lahirnya susuk hebat rahmat bagi sekalian alam. Dialah Muhammad SAW.

Tidaklah Kami mengutus engkau melainkan untuk menjadi rahmat sekalian alam.
[Al-Anbiya 21: 107]

Lahir baginda pada Tahun Gajah. Tahun yang menyaksikan Allah SWT memelihara Kaabah dari serangan tentera bergajah Abrahah. Suci dari serangan Abrahah, suci juga dari tangan orang Quraisy Mekah sendiri. (Rujuk surah Al-Fil)

Lahir baginda di tengah masyarakat jahiliyah, jauh dari peradaban manusia, jauh dari fitrah suci manusia.

Kerana baginda diberi tugas mulia untuk membebaskan manusia dari penghambaan selain daripada Allah, maka dilaksananya penuh tanggungjawab. Biar keringat peluh, hatta darah sekalipun tumpah- baginda tetap kuat, sabar dan setia… Kadang tertanya mengapa terlalu sanggup melaksanakan tugas yang berat ini meski dihina, dikatakan gila bagai. (menangis).

Di Bukit Safa, di situlah baginda menyeru semua penduduk Mekah untuk bersaksikan bahawa tiada Tuhan selain Allah dan baginda adalah utusan Allah- utusan terakhir. Tapi mereka menolak seruan itu. Malah bapa saudaranya Abu Lahab menghinanya. (Rujuk surah Al-Masad)

Biarpun Bukit Safa itu pada mulanya menyaksikan penolakkan musyrikin Quraisy terhadap dakwah Rasulullah, tapi ia juga menyaksikan Pasukan Khalid Al-Walid yang berjaya ‘menawan’ Kota Mekah bertemu Rasulullah di situ. Di Bukit Safa. Dalam peristiwa pembukaan Kota Mekah.

Baginda mengampunkan seluruh penduduk Mekah kecuali sebilangan yang tak lebih daripada dua puluh orang. Baginda tawaf dan memusnahkan 360 berhala di sekeliling Kaabah. Menyucikannya dari kekarutan jahiliyyah. Bukan mudah untuk runtuhkan berhala yang nampak di mata selagi tak diruntuh berhala di hati manusia! Begitu peristiwa itu memberi kita pengajaran yang cukup berguna.

Telah datang kebenaran dan hancur leburlah kebatilan sesungguhnya kebatilan itu pasti hancur lebur.
[Al-Isra’ 17: 81]

Seolahnya, itulah kemuncak tugas Rasulullah SAW sebelum Baginda wafat. Tapi… tapi… tapi, sebelum tiba pada kemuncak, pasti ada sesuatu yang membawa kepaa kejayaan ini. Baginda bermula dengan mengumpulkan susuk-susuk hebat. Yang tahan dek cacian, tindasan dan pemulauan- yakni Muhajirin; dan yang rela memberi apa saja- yakni Ansar. Dalam bahasa mudahnya, mereka yang siap untuk memberi sepenuh ketaatan pada Allah dan Rasul.

Dari Safa ke Safa, dua puluh tahun. Membina individu yang bukan saja boleh bersama dalam perang Badar hingga pembukaan Kota Mekah, tapi bila ketiaan baginda sekalipun mereka mampu membuka empayar Islam hingga menguasai tiga per empat dunia.

Pembukaan Kota Mekah seolah-olah signifikasi pada penyucian hati kita. Hari ini baginda tiada, dan kita… ya alhamdulillah boleh solat menghadap kiblat yang telah bersih Kaabah dari sembahan lain setelah Rasulullah musnahkan berhala-berhala di sekeliling dan di dalamnya. Tapi hari ini apa benar tiada berhala dalam hati kita? Yang lebih dekat itu adalah hati kita sendiri! Benar kita tidak menghadap berhala yang nampak di mata, tapi apakah sudah kita meninggalkan dorongan hawa nafsu yang sentiasa menjentik-jentik di hati kita?

Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhannya dan Allah Membiarkanya sesat dengan sepengetahuanNya, dan Allah Mengunci pendengaran dan hatinya, serta Meletakkan penutup atas penglihatannya? Maka siapakah lagi yang dapat memberi hidayah petunjuk kepadanya sesudah Allah (Membiarkannya sesat)? Mengapa kamu tidak mengambil pelajaran?
Al Jatsiyah 45: 23

‘Kotak’ Hati dan ‘Kotak’ Kaabah- keduanya tidak boleh disimpan Ilah lain selain Allah.  Kaabah telah dibersihkan dari berhala oleh Rasulullah SAW ketika Pembukaan Kota Mekah. Hati kita? Takkan nak suruh orang lain yang bersihkan? T__T Pembukaan Hati- langkah penyucian.

Allahualam. Tepuk dada, tanya hati… Sihat ke tidak? T_T

 

 

Sumber: Sirah Nabawiyyah (Ar Raheeq Makhtuum)

al katum- Ku singkap jendela sirah mu ya Muhammad, tiada lain yang ku temui melainkan sebuah jalan bahagia menuju Tuhan kita.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s