Anak Rantau

Ho oo oo balik kampung..hati girang.

Ada orang yang belajar  di luar negara tak pernah pulang ke negara asalnya sepanjang tempoh belajar.

Ada orang  setiap kali cuti panjang  akan pulang ke kampung halaman ibarat bukan belajar di luar negara.

Ada orang  tidak pulang kerana tiada ‘budget’ untuk pulang. Ataupun untuk berjimat.

Ada orang tidak pulang kerana ingin berjalan-jalan. Alang- alang  dah di luar  negara katanya.

Bagi  yang  pulang  pula, ada yang pulang kerana rindukan keluarga.

Ada yang pulang hanya kerana rindukan makanan semata.

Jika dibuat ‘survey’ beribu macam jawapan lagi boleh timbul.

Memang tidak sama keadaan bagi setiap negara dan keadaan pengajian, tapi yang ingin saya ceritakan adalah berdasarkan pengalaman saya sendiri sebagai salah seorang pelajar luar negara lebih tepat lagi Jepun.

Oh, jika ditanya saya kategori mana, saya berada di tengah-tengah. Tidak terlalu kerap,tapi selalu juga  balik.

Mungkin ada yang berpandangan lain, tapi yang saya ingin ukirkan di sini adalah salah satu dari beribu pengalaman yang saya timba. Atau lebih tepat lagi sebenarnya adalah apa  yang saya terkesan pada cuti semester yang lepas .

Pabila pulang ke kampung, orang kampung akan dengan ‘excited’ nya bertegur sapa dengan saya. Bertanya tentang pengalaman belajar diluar negara,”makan macamana,hari-hari makan sushi ke?”“sekarang musim apa,sejuk tak kat sana?” “best tak belajar kat sana,” dan  beberapa lagi soalan ‘cliche’ yang biasa ditanya. Dan biasalah, jawapan untuk soalan cliche adalah jawapan cliche juga.hehe

Ya, masa pertama kali pulang dulu boleh lagi melayan dengan perasaan ‘excited’ juga,tapi kalau dah kali keempat pulang pun masih soalan sama yang disaji, agak meluat juga lah nak menjawab. Ops..

Oh,di kampung,saya mungkin agak popular dikalangan makcik-makcik dan pakcik-pakcik. Maklumlah, agak lincah dan comel masa kecil-kecil dulu.hehe (ayat-ayat berperasaan perasan adalah untuk menyedapkan cerita sahaja. Saya sebenarnya tak perasan tau!hehe lagi). Mungkin  kerana selalu mengiringi bonda ke masjid, saya agak dikenali oleh makcik-makcik. Mungkin la.

Itu kalau di kampung iaitu rumah bonda dan ayahanda saya. Tidak banyak yang berubah kalau pulang ke kampung nenda dan atuknda,kecuali saya lebih sedikit lagi kepopularitian di sana. Maklumlah golongan cucu-cucu terawal memang disayangi atuk,nenek,bapa saudara,emak saudara,dan jiran tetangga.(izinkan saya perasan lagi.)

Justeru,kalau pulang ke Malaysia tidak sah kalau tidak rata pusing kampung untuk mempamer muka. Apalagi dengan keadaan saya sahaja yang bercuti dan adik- adik lain di asrama bertungkus-lumus belajar. Jadi tidak hairanlah kalau saya seorang sahaja diusung ke sana ke mari bertemu semua saudara-mara.

Tapi, baru saya perasan yang saya tidak lagi suka aktiviti-aktiviti ‘ayuh pulang ke kampung pusing kampung tunjuk muka’ itu. Mungkin kedewasaan menyebabkan saya tidak lagi suka populariti,malah menyampah. Mungkin hormon malu yang tidak ada masa kecil itu sudah menebal. Mungkin kurangnya komunikasi dengan masyarakat tempat saya belajar itu menyebabkan saya sudah tidak  betah  bermasyarakat di kampung. Kalau boleh mahu saja berkurung di rumah menghabiskan masa hampir dua bulan bercuti itu dengan menghadap tv sambil makan kuaci.

Tapi, dek kerana saya merupakan anak yang  agak tak sampai hati melawan cakap bonda, saya sudahkan juga kerja asas saya masa pulang ke kampung pada cuti yang lepas. Walau dengan hati yang berat dan  hati meronta-ronta nak hadap tv sambil makan kuaci.

Maka dipendekkan cerita, berakhirlah cuti itu. Saya pun dengan hati yang lebih berat dari beg yang sarat berisi makanan lebih 20 kg,mengatur langkah pulang ke negara matahari terbit ini. Warghhh..negara aku pun terbit juga matahari..kenapa kena balik Jepun ??? Tanya soalan bodoh itu oleh hati. Berselirat otak  dan hati tak nak balik jepun lagi.

Lantas fikiran mengembara kebelakang. Mengenang waktu cuti yang baru berlalu pergi. Perlakuan-perlakuan yang tidak patut tetapi telah dibuat sewaktu cuti. Perlakuan patut yang tidak dibuat dan sebagainya.

Dan salah satunya adalah layanan hati yang tidak berapa mesra kepada saudara-mara dan jiran tetangga. Padahal, kalau tidak kerana doa mereka mungkin saya tidak disini. Sepatutnya saya rasa saya bertuah kerana di kelilingi jiran tetangga dan saudara mara yang mesra. Tapi saya, rasa menyampah pula.

Lagi pula, itulah sebenarnya medan juang saya kan?. Sepatutnya peluang pulang ke kampung itu diambil untuk masuk ke dalam masyarakat. Agar tidak terkejut budaya bila pulang BFG(back for good) nanti. Sepatutnya saya cuba bina semula asas-asas bermasyarakat dan berkomunikasi agar tidak canggung nanti.

Berjumpa dan berukhwah itu mendapat berkat dan rahmat dari Allah. Lebih-lebih lagi bersama ahli keluarga yang lama tidak bertemu mata. Lalu kenapa hati ini rasa berat dan malas pula? Mungkin pada berkat itulah yang menyebabkan saya masih mampu menempuh onak duri di negara orang ini. “Doa orang-orang tua ni banyak berkat sebab mereka dah lama hidup dan mungkin dah banyak pahala dari kita.”Terngiang pesan bonda.

Justeru,seru saya kepada saya dan rakan-rakan, jika kita pulang ke kampung atau berpeluang meluaskan ukhwah,ikhlaskanlah hati. Kerana syaitan tidak pernah penat menghasut. Dan hati itu tempat yang selalu syaitan datangi.

Di samping pulang berjumpa keluarga dan rakan, jumpalah masyarakat yang akan bersama kita lepas habis belajar nanti. Di samping melihat keadaan,kemajuan kampung masing-masing, celiklah mata hati melihat masalah umat yang berada disekeliling kita. Kalau bukan kita, siapa lagi yang bertanggungjawab membaiki sistem moral dalam masyarakat yang kian membarah itu?

Moga perginya kita ke luar negara bukan suka-suka,

Pulang kembali ke negara tidak sia-sia,

Dilahir ke dunia membawa gembira,

Bukan hidup hanya sebagai lebihan dunia.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s