Sirah

Kuali Si Kaisar

Bismillahirrahmanirrahim..

Anda pernah rasa kena minyak panas di dapur,atau melecur lidah akibat air teh panas di gerai mamak??Aduh!!sakitnya,berdenyut sampai ke harini rasanya kan?Pasti tak mahu alami buat kali kedua ataupun ketiga..kan??

Post kali ini bukan nak mengajar anda semua menjadi tukang masak,ataupun menghalang keseronokan anda ke dapur memasak asam pedas kegemaran..tapi hendak mengajak anda untuk sama-sama menghayati sebuah kisah lelaki hebat..Abdullah namanya.

Ini kisah Abdullah bin Hudzafah As-Sahmy.

Pada tahun ke9 Hijrah,Khalifah Umar mengirimkan angkatan tentera perang kaum muslimin untuk memerangi Rom..Kaisar,pemerintah rom,sangat mengetahui keunggulan dan sifat-sifat tentera muslimin.Kekuatan tentera muslimin adalah iman dan kedalaman  aqidah,ditambah dengan keberanian mereka menghadapi maut dalam peperangan.Mati fisabillillah adalah kekuatan dan impian hidup setiap anggota tentera muslimin.

Kaisar memerintahkan supaya setiap tentera muslimin yang di tawan tidak dibunuh tetapi dibawa mengadapnya.Allah telah memilih Abdullah bin Hudzafah sebagai salah seorang tawanan Kaisar.

Kaisar menawarkan hadiah besar kepada Abdullah sekiranya Abdullah setuju masuk agama Nasrani.TAPI,Abdullah membalas dengan jawapan yang lebih mantap.Kata Abdullah,”Ya,aku lebih suka mati seribu kali daripada menerima tawaran anda.”

Kaisar yang masih tidak berpuas hati menawarkan jawatan sebagai pembesar kerajaan dan kekuasaan kepada Abdullah sekiranya beliau setuju masuk agama nasrani.Abdullah yang mendengar tawaran tersebut tersenyum lalu berkata”Demi Allah!seandainya anda berikan aku semua kerajaan kepadaku,ditambah dengan kerajaan arab agar aku keluar dari agama Muhammad hanya sebentar sahaja,niscaya aku tidak akan menerimanya.”

Kata Kaisar”Kalau begitu,saya akan bunuh engkau!”

Jawab Abdullah tanpa rasa gentar”Silakan.Lakukan sesuka hati anda!”

Abdullah diikat pada kayu salib lalu dipanah di lengan.Kaisar bertanya”bagaimana?mahu kamu masuk agama nasrani?”

“TIDAK”jawab Abdullah.

Kali ini,kaki Abdullah pula dipanah.

Kaisar memujuk lagi namun Abdullah tetap menolak.

Setelah selesai siksaan panahan,Kaisar mengarahkan untuk menyediakan kuali besar,dengan minyak dan diletakkan orang atas tungku berapi.Kaisar mengarahkan salah seorang tawanan muslim untuk dilemparkan ke dalam kuali..hancur luluh daging orang itu sehingga keluar tulangnya.Kaisar sekali lagi memujuk Abdullah,tetapi ditolak keras.Kaisar berputus asa,lalu mengarahkan Abdullah dilempar kedalam kuali. Ketika dibawa ke kuali,Abdullah menangis,Kaisar menduga tentu Abdullah menangis kerana takut..tetapi setelah disoal,apakah Abdullah ingin masuk agama nasrani,Abdullah tetap berkeras.Kaisar yang berang bertanya”kenapa kau menangis?”

Abdullah menjawab”Aku menangis kerana keinginanku selama ini tak tercapai.Aku ingin mati dimedan perang,tetapi akhirnya aku akan mati di dalam kuali.”

Kaisar bertanya”mahukah engkau mencium kepalaku?nanti aku bebaskan engkau.”angkuh.

Abdullah menjawab”bebas bersama kawan-kawanku yang lain?”

Jawab Kaisar”ya,engkau serta semua tawanan muslim”

Abdullah memikirkan bahawa tidak ada ruginya,lalu dia mencium kepala musuh Allah itu.

Abdullah menyampaikan laporan kepada khalifah Umar.Ketika khalifah Umar memeriksa tentera muslim yang tertawan dan bebas bersam Abdullah,beliau berkata”Sepantasnyalah setiap orang muslim mencium kepala Abdullah bin Hudzafah,dimulakan dengan dirinya sendiri”

Begitulah kisah seorang lelaki hebat,yang berpegang teguh pada imannya,walaupun diancam dan disiksa dahsyat oleh musuh Allah.Hebat.Mampukah kita menjadi sehebat Abdullah? Apakah mampu bagi kita memastikan iman terus teguh? Atau,apakah iman kita ibarat sarang labah-labah yang bisa koyak rabak saat ditempuh?

Tepuk dada tanya iman..Sama-samalah kita mengambil ibrah dari kisah Abdullah bin Hudzafah.

“Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan menyatakan,”Kami telah beriman,”dan mereka tidak diuji?[surah al-Ankabut,29:2]

Wallahualam.

Image

Advertisements

One thought on “Kuali Si Kaisar

  1. wiwit…cantek jam tu..moga rahmat Allah itu bersama setiap detikan waktu.
    dan moga setiap kali menggoreng ayam atau cekodok kita ingt pengorbanan golongan terdahulu.
    agar syukur pada Allah kerana agama dan jalan yang ditunjukiNya buat kita.:)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s