Sirah

Pemuda pembuka Kota Madinah

bismillahirrahmanirrahim.

Saya kira, ramai yang pada saat ini sedang berdebar-debar menanti waktu pulang ke rumah. Lebih tepat saya katakan, pulang ke Malaysia. Dan kemungkinan juga sudah ramai yang sudah pulang di sisi keluarga memandangkan Syawal semakin menghampiri. Dan tidak kurang juga yang tidak dapat pulang dan beraya di bumi matahari terbit ini. Saya sebahagian dari mereka yang berdebar-debar untuk pulang. Penerbangan hari ini, insyaAllah. Mungkin juga kepulangan saya pada kali ini akan memijakkan kaki ini di bumi lain. Kerana mak dan abah sudah memutuskan untuk pindah ke tempat lain. Saya masih ingat ketika saya bertanya kepada abah mengapa dia memutuskan untuk berpindah.

“Abah nak ajak kita duduk dekat tempat yang takde orang kenal kita.”

Eh? Mungkin abah mahukan suasana baru saya fikir. Tapi, can we really survive kat tempat baru? I mean, tiada kenalan dan persekitaran juga mungkin berlainan. Entah mengapa, kisah perpindahan ini membuatkan saya teringat kisah sahabat Rasulullah; pemuda yang syahid ketika perang uhud.

Ya. Pemuda itu ialah Mus’ab bin Umair.

Mus’ab bin Umair berperanan penting dalam Hijrah Rasulullah. Rasulullah telah menghantar Mus’ab sebagai duta Islam yang pertama ke Yathrib, kerana beliau adalah seorang pemuda yang baik perilakunya, cantik rupa parasnya dan lembut tingkah lakunya.

Mus’ab bin Umair menjadikan rumah As’ad bin Zurarah sebagai pejabat Kedutaan Islam yang pertama dan beroperasi sebagai pusat penyebaran Islam. Penduduk Yathrib kagum dengan kebaikan akhlak dan ketampanan wajah Mus’ab bin Umair sekaligus menarik mereka untuk datang ke pejabat Kedutaan Islam dan memahami Islam dengan lebih dalam.

Tidak cukup dengan itu, Mus’ab bin Umair sendiri masuk ke setiap rumah untuk menyebarkan risalah Islam. Sehinggakan tiada satupun rumah yang tidak diketuk oleh Mus’ab bin Umair. Usaha keras beliau menyebabkan majoriti penduduk Yathrib memeluk Islam.

Jadi, apa kaitan kisah Mus’ab; pemuda yang membuka Kota Madinah dengan pindah rumah? Aha. Seperti yang katakan sebentar tadi, abah memilih untuk pindah ditempat yang tiada kenalan. Sama seperti mana Mus’ab di hantar ke Yathrib yang pada ketika itu beliau juga tidak mempunyai kenalan. Dan beliau bukan pergi sekeluarga tapi keseorangan. Orang hebat seperti Mus’ab ini, ibaratnya campaklah di mana- mana, ia akan membentuk pulau.

Kisah Mus’ab ini antara kisah sahabat yang paling saya suka. Pemuda yang meninggalkan segala kemewahannya kerana Allah dan Rasul. Pemuda yang kuat imannya, meskipun diugut ibu sendiri untuk meninggalkan islam. Pemuda yang dipotong kedua-dua tangannya tapi masih utuh memegang panji islam ketika perang uhud.

 “Manusia seperti logam, terpilihnya mereka semasa jahiliyyah terpilih juga mereka semasa Islam, sekiranya mereka faham”

Jadi, saya fikir, manusia logam ini campak lah dimana sahaja, dia pasti akan survive. Mari, berusaha untuk jadi manusia logam itu. Mungkin perpindahan kali ini langkah pertama untuk membentuk pulau? ^^

Wallahualam.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s