Tazkirah

wakalah

Assalamualaikum buat semua pembaca dan salam Ramadhan ! Ayuh panjatkan rasa syukur kepada Allah swt di atas keizinanNya untuk kita terus merasa nikmat keberkatan dan kehangatan Ramadhan pada tahun ini.

Alhamdulillah,Alhamdulillah,Alhamdulillah πŸ™‚

Allah berfirman,” Setiap amalan anak adam itu adalah untuk dirinya sendiri kecuali puasa kerana puasa itu adalah untuk Aku ( Allah ) dan Akulah (Allah ) yang akan memberinya ganjaran dan puasa itu ialah pendinding ” – HR Bukhari dan Muslim

Selingan di bulan Ramadhan buat semua. Bulan yang didalamnya penuh keberkatan,penuh dengan rahmat Allah swt. InsyaAllah berusahalah, bermujahadahlah demi mencari keredhaanNya. Kerana Allah tidak melihat pada hasilnya, tetapi Dia melihat terus kepada usaha kita semua, insyaAllah!

Dalam perjalanan kita berusaha mencapai sesuatu tidak kiralah untuk lulus didalam peperiksaan atau apa-apa sahaja dalam hidup, selitkanlah usaha kita dengan doa dan tawakkal.

USAHA+DOA+TAWAKKAL

TAWAKKAL : ‘ wakalah’ yang bermaksud wakil dan memegang ciri-ciri ‘ dipercayai’ dan ‘berilmu pengetahuan’

Dalam konsep tawakkal inilah, kita menjadikan Allah sebagai wakil kita dalam setiap perbuatan yang kita lakukan setiap hari. Percaya atau tidak setiap yang berlaku dalam hidup ini adalah ketentuan dari Allah swt. Dengan izin dari Nya sahaja setiap perkara pasti berlaku tidak kiralah samada perkara itu baik mahupun buruk keatas diri kita dan ingatlah bahawa setiap apa yang berlaku di dalam hidup kita ini ialah yang terbaik dari Allah untuk kita hambaNya.

Yakinlah bahawa Allah itu Maha Pengasih Maha Penyayang. Dia tidak akan menzalimi hamba-hambaNya.Andaikata ujian datang bertalu-talu, bersabarlah! Dan ingat lah dengan ujian itulah yang akan lebih mendekatkan diri kita dengan Allah swt. Dengan ujian itulah akan mematangkan kita, memberi kekuatan kepada kita dan semoga ujian itu akan menghapuskan sedikit sebanyak dosa yang telah kita lakukan.

hmm,waktu sekarang kalau di Jepun adalah musim demam peperiksaan! dan minggu ini semua orang akan disibukkan dengan assignment,repot yang beribu-ribu patah perkataan, presentation dan sebagainya. berusahalah kerana Allah dan insyaAllah ia akan mengikhlaskan kita melakukan setiap satu perkara itu. Janganlah berbuat sesuatu perkara itu kerana sensei atau sesiapa, tetapi berbuatlah kerana Allah. Jangan terlalu takut dengan penilaian manusia kerana Allah juga memegang hati mereka. BerTAWAKKALlah setelah berusaha kerana Allah telah menyediakan semua takdir terhadap setiap pilihan kita, insyaAllah!

 

wallahualam:)

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s