Anak Rantau / Tazkirah

BERDEBAR2 MENGHITUNG HARI :0

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah wa astaghfirullah.

Alhamdulillah untuk nikmat islam dan iman yang tidak terbanding. Nikmat yang masih-belum-diperoleh golongan bukan beragama islam.Nikmat yang tiada terhingga. Dan tidak dapat diwarisi hatta dengan ahli keluarga sendiri. Kerja siapa yang harus menyampaikan dan mengajak mereka yang not-yet-muslim ini mengenal islam ( baca: dakwah ) ? Astaghfirullahalazim.Jangan kita sempitkan pemikiran dakwah itu hanya dengan mengajak rakan kita untuk solat, puasa dan sebagainya. Tetapi dakwah is art. Bila disebut seni,  berbeza cara laku setiap khalifah Allah untuk mengajak  adalah normal.Lagak umpama si pelukis jalanan. Rambut panjang itu, seni katanya. Cara duduknya si pelukis jalanan di kerusi usang miliknya, itu juga seni katanya.Hatta, dakwat yang tertumpah di kanvas juga seni.

(senyum)

——————————————————————————————————————————

Tahun pertama di matahari terbit tinggal di kaikan,

Tahun seterusnya tinggal di rumah yang dicari sendiri,

Kehadiran Ramadhan 1433 H kita semarakkan,

Agar Aidilfitri lebih bererti buat diri.

Ewahh.! Bukan main lagi cik dynabook.( pipi merah tahan senyum )hiii. *aman*

Bolehla cuba deklamasikan pantun si amatur ini.

Baiklah. Hadirnya cik dynabook di sini pada edisi kali ini khas untuk pembaca yang cik dynabook kasihi, yang cik dynabook sayangi, yang cik dynabook dan rakan-rakan terasa ingin mengheret anda bersama-sama kami berlari riang di syurga Ilahi. Atau anda yang menarik-narik kami ke syurga sana.Mahukah anda ? kerana kami sememangnya mahu dan terlalu mahu untuk itu. (pandang langit)

Disebabkan encik ramadhan sudah makin menghampiri kita, dan janganlah kita menjauhinya pula dengan melakukan perkara yang merugikan diri sendiri. Kan ke tindakan yang tidak berapa bijak kalau kita membazirkan pahala yang bakal mengalir sepanjang bulan ramadhan nanti ?

Ibaratnya kita membuang air teh jenama KIRIN botol besar sedozen yang baru dibeli di 7i ( seven i ) ke dalam sinki rumah kita yang cantik dengan sengaja menggunakan kedua belah tangan kita.Fuh. Wujud kah manusia begini rupa ? Andai wujud, marilah kita  menjauhi dari tergolong ke dalamnya.

Tetapi apalah nak dibandingkan air teh KIRIN itu dengan pahala berganda gundi yang Allah nak bagi secara percuma. Ya. Sememangnya mata kita yang lemah tiada dapat melihat akan kewujudan pahala dan dosa itu secara zahirnya. Tapi andai kita benar-benar yakin dan beriman dengan pahala dan dosa itu, perbuatan sia-sia akan terhindar. Moga timbangan amalan kita lebih berat di karung pahala.

Oke.

Sebenarnya cik dynabook ingin berkongsi dengan ada semua pembaca blog ShiroiKoibito ini TIPS-TIPS SEMASA RAMADHAN. Kerana cik dynabook yakin anda semua sudah mantap dan tiptop dengan persediaan menghadapi sebelum ramadhan atau erti kata lain, aktiviti memanaskan badan dan amal sebelum menjelang ramadhan.

Marilah jeling-jeling tips-tips di bawah.

1) KEEP ON REFRESHING NIAT

Semoga azam dan cita-cita yang telah dipasang dan disemat  sebelum ramadhan, sentiasa disegarkan.Setiap hari,lihatlah kembali azam-azam yang telah dicatit. Semoga azam-azam murni itu terlaksana dan dipertingkat dari hari ke hari.InsyaAllah.

2) SAHUR

Ini penting! ( gulp )

Dari Anas RA, Rasulullah saw bersabda yang bermaksud :“Bersahurlah kamu kerana pada sahur itu ada berkat.”

(Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Ahmad, Tirmizi, Nasai dan Ibn Majah).

Bersahurlah walau dengan seteguk air teh cap KIRIN. Kalau kita tidak terdaya nak bangun pergi dapur, letak siap-siap air teh itu disebelah bantal atau tempat yang senang nak dicapai kerana :

عَنْ عَمْرِو بْنِ الْعَاصِ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ فَصْلَ مَا بَيْنَ صِيَامِنَا وَصِيَامِ أَهْلِ الْكِتَابِ أَكْلَةُ السُّحُورِ
Perbezaan di antara puasa kami dengan puasa ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) ialah adanya makan sahur
(Hadis riwayat An-Nasaie.) 

3) BERBUKA

Bahagian yang paling membahagiakan di bulan ramadhan ialah berbuka.yahuu.eh!Taklah. Ini bahagian yang perlu diambil perhatian oleh kita-kita ye.

Pastikan kediaman anda memiliki kurma di dalamnya dan anda menjadikan kurma sebagai makanan pertama sewaktu berbuka puasa.Kurma bukan sahaja kaya dengan tenaga, tetapi juga mengandungi serat, vitamin dan mineral.Lihat. Hanya dengan menguyah kurma yang kenyal itu secara perlahan-lahan, anda telah dapat segala jenis nutrien yang diperlukan oleh badan anda untuk kekal sihat dan cergas di musim ramadhan.

Setelah berbuka dengan sedikit kurma, tunaikan solat maghrib dan kembali untuk mengambil makanan berat seperti nasi dagang, nasi lemak, nasi beriyani dan juga acar timun :0

4) BERSEDEKAH

Anda boleh mengerjakan amalan murni ini dengan mendermakan wang yen atau wang ringgit kepada yang memerlukan. Jika tidak berkemampuan, bolehlah sedekahkan kurma setangkai atau nasi sepinggan kepada yang memerlukan. Mudah bukan?Bagi yang berada di Jepun, dan di lokalitinya ada komuniti muslim, ini merupakan peluang keemasan untuk kita mengganda gundikan pahala kita.Cik dynabook sebutkan beberapa cara yang boleh kita amalkan di musim ramadhan ini.

5)SEBARKAN

Sebarkan bahagia.hihi.

Kebiasaannya anda akan makan tengahari bersama-sama kawan Jepun anda, bukan? Jadi apabila tiba encik ramadhan, anda tidak lagi bersama-sama mereka di cafe untuk menikmati juadah. Sewaktu mereka menjemput anda untuk ke cafe, nah, itulah masa untuk anda menerangkan kepada mereka dengan penuh sopan santun apa yang dimaksudkan dengan puasa, ramadhan dan sebagainya. Alangkah rugi andai anda melepaskan peluang itu dengan hanya menerangkan ala kadar kepada mereka. Kerana kebiasaannya mereka jarang untuk bertanya buat kali kedua. Andai ada, itu bonus bagi anda wahai da’ie muda yang gagah.

Bil hal ( dengan menunjukkan contoh teladan)

Bil lisan ( dengan percakapan)

Disebabkan mereka not-yet-Muslim, santuni mereka.Bahagia, bukan ?^^Untuk menerangkan, semestinya perlu ada ilmu. Oleh itu, timbalah ilmu.Tanyalah sesiapa yang anda mahu bagi mengumpulkan ilmu.

Sekian sahaja dari cik dynabook untuk kali ini. Hingga berjumpa lagi.

Boleh amalkan yang mana anda mampu, dan boleh usaha untuk melaksanakan yang mana anda masih belum mampu.

Moga apa yang dicoret, ada barakah dariNya.

Selamat menabung saham akhirat.

Wassalam.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s