Tazkirah

Dah ready ke belum?

Bismillahirrahmanirrahim..

“bukan nak exam je perlukan persediaan..”

Saya kira rata-rata dikalangan pelajar di Jepun pada waktu ini sedang sibuk membuat persediaan untuk menghadapi final exam yang bakal mendatang. Mungkin juga ada yang sudah pun berada dalam minggu exam. Dan kebiasaannya yang berlaku ialah rumah akan mula berbau kopi tidak kira siang atau malam, katil juga kemas tersusun rapi kerana masa tidur juga di meja study dan sebagainya. Ini menunjukkan betapa kita ini sebenarnya memang betul-betul membuat persediaan untuk menghadapi final exam itu sendiri.

Tapi., ehem.insyaAllah dalam masa kurang dari 10 hari ini akan ada sesuatu yang lebih menarik berbanding exam yang akan datang menemui kita? Dah cukup bersediakah kita untuk berjumpa dengannya?

Yay!yay! it’s Ramadhan!!!

Haaaa… Dah cukup belum persediaan kita untuk bertemu Ramadhan? Kalau belum, masih sempat lagi ni. Macammana kita bersungguh dalam menghadapi final exam, macam tu jugaklah kita ini sepatutnya membuat persediaan untuk menyambut Ramadhan.

“tapi er..Ramadhan tu kan cuma bulan puasa. Apa yang nak kena bersedia sangat?macamlah tak pernah puasa. Dari kecik kot kita puasa.”

Fuhh.ok2.Begini.

“Wahai orang-orang yang beriman!Diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang sebelum kamu agar kamu bertakwa..”(Al-Baqarah;2:183)

Ramadhan itu bukan sekadar bulan untuk kita berpuasa. Bukan sekadar bulan untuk kita menahan lapar, dan dahaga. Tetapi Ramadhan itu merupakan bulan untuk kita membina ketaqwaan. Pernah tak kita terfikir kenapa Ramadhan tu 30 hari?

“Because it takes 20~30 days for something to build our habit”

Mari saya bawa kepada satu analogi. Bayangkan anda sedang mengacau kopi susu didalam gelas menggunakan sudu. Apabila sudu itu telah diangkat, air masih berputar mengikut putaran yang anda lakukan itu. Begitu juga lah dengan kita ini sebagai manusia. Sesuatu itu akan menjadi habit dan sebati dalam diri kita kalau kita selalu melakukannya. Itulah yang kita ingin bina di dalam bulan Ramadhan. Membina seorang hamba yang cintaNya kepada Allah melebihi segala-galanya. Membina seorang daie yang tidak ada sehela nafas pun dihembuskan melainkan hanya kerana ingin menyampaikan risalah islam itu kepada seluruh penduduk bumi. Membina individu muslim yang cukup 10 muwasofat tarbiyyah dalam diri. Supaya apabila Ramadhan sudah berlalu pergi sekalipun,hari-hari kita tetap berkualiti dalam menjalani kehidupan sebagai seorang individu muslim. Ha,siapa cakap nak menghadapi Ramadhan tak perlu persediaan?

Kalau anda masih belum membuat persediaan menjelang Ramadhan yang bakal tiba ini, masih sempat lagi untuk anda mempersiapkan diri. Alang-alang kita bangun malam untuk study, sertakan sekali solat-solat sunat serta bacaan Al-Quran supaya malam-malam kita lebih hidup dan berkat. Barulah ketika Ramadhan nanti kita tidak liat untuk bangun qiam.

“Dan bagi orang beriman, yang berpuasa baginya dua kegembiraan; iaitu apabila berbuka, dia gembira dengan berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya, dia gembira dengan puasanya.” (hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Ayuh!Melangkah dengan lebih gagah menjelang Ramadhan ini.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s