Tazkirah

“Saya percaya Allah, tapi saya bukan Muslim”

Baru tadi saya jumpa dengan seorang pak cik Jepun yang belum pernah saya jumpa dalam hidup saya.

Ceritanya begini.

Semasa dalam perjalanan ke shokudou (cafe), sambil menikmati cuaca yang baik, tidak terlalu sejuk dan tidak terlalu panas, saya terserempak dengan pak cik yang menjaga lalu lintas, mengawa lori keluar masuk dalam campus. Buat pengetahuan semua, campus saya ada satu bangunan besar 5 tingkat kalau tak silap, yang tidak boleh lagi digunakan kerana impak gempa bumi yang melanda bahagian atas Jepun (Tohoku) telah merosakkan sebahagian besar bangunan tersebut. Jadi, sekarang, aktiviti meruntuhkan bangunan itu dan membina bangunan yang lain sedang giat dijalankan (macam berita la pulak).

Apa yang menarik tentang pak cik Jepun ini adalah, bila saya melintasi hadapannya, dia melontarkan salam.

“Eh, pak cik ni Muslim ke?”, tanya saya.

“Saya pernah ke Mekah 3 kali”, jawabnya.

“Jadi, pak cik ni Muslim la?”, tanya saya lagi sekali, mengharapkan pengakuan darinya.

“Saya percaya Allah, tapi saya bukan Muslim”, jawabnya dengan lebih jelas.

Oh, ok. Saya berborak sebentar, lalu berlalu pergi makan kerana lapar yang mencengkam perut (betul ke ayat ni?).

Tapi kan, bila saya fikir balik, saya sangat yakin bahawa saya belum puas hati dengan jawapan pak cik itu. Terngiang-ngiang perkataan “watashi wa Allah wo shinjiteiru kedo, Muslim janai (saya percaya Allah, tapi saya bukan muslim)”.

Lalu saya bertekad, dalam perjalanan pulang balik ke lab, saya mahu bertanya hal sebenar padanya. Mahu faham apa sebenarnya yang dia maksudkan. Adakah dia beragama Buddha, Kristian atau agama lain?

Dalam perjalanan pulang, saya melihat dia dari jauh, lalu saya mendekatinya.

Setelah berborak kosong barang seketika. Saya lantas bertanya,

“Boleh tak saya tanya sesuatu?”

“ii yo, douzo (bole, silakan) “

“pak cik percaya pada kewujudan Allah bukan? Tapi pak cik bukan muslim, jadi pak cik ni beragama apa?”

“saya percaya Allah, jadi itu sudah cukup, yang penting dalam hati je.”

“eh, saya tak faham” kata saya.

“I believe in Allah, but i’m not a muslim, because muslim kills people. Islam is just a group, same like Buddha, Christian. Just a group.”

Terdiam sebentar. Terkejut. First time berdepan dengan orang sebegitu.

“No~”, terus terkeluar jawapan itu dari mulut saya.

“Islam is not a group, it’s the way of life. It’s everything. It’s how you treat others, how you act, it’s the way of life.” hanya itu yang terkeluar dari mulut saya ketika itu. Saya tiada pengalaman berdakwah pada non muslim.

“Oh, ok. But muslim kills people”, balasnya.

“sore wa Islam ga warui wake janai desu. Sono hito wa muslim desu kara, Islam wo tsukatte, hito wo koroshite, Islam no inshou wo wakuru shita (Itu bukan salah Islam. Orang itu bunuh orang tapi atas nama Islam, lalu bagi impression buruk pada Islam ). They misunderstood the concept of jihad.” balas saya dalam bahasa yang bercampur-campur.

“Oh.. ok atama ga ii ne, good brain (pandai kamu)”, balasnya. Nampak seperti dapat menerima jawapan saya tadi. Namun, tidak menerima sepenuhnya mungkin.

Lalu saya meminta diri untuk pulang ke lab.

Beberapa hari kemudian, saya terserempak lagi dengan pak cik itu. Lalu dia memberitahu bahawa sebenarnya rakan dia mengajak dia memeluk Islam. Melalui Sri Lanka, dia berkhatan, dan ke Mekah. Lalu saya bertanya adakah dia solat setiap hari? Katanya, dia tak solat setiap hari, tapi dia solat melalui hati. Di situ saya dapat tahu, dia sebenarnya muslim, tapi tidak mengamalkan Islam itu dengan betul, kerana kurang kefahaman.

Dia juga memberitahu bahawa dia tidak mendedahkan dirinya sebagai muslim kerana takut pada pandangan non muslim pada dirinya. Pada pendapat dia, muslim itu banyak melakukan keganasan.


Tapi saya kecewa. Jika saya mampu buat dia faham sepenuhnya Islam itu, tentu itu sangat baik untuk dirinya. Dia mengaku merasai kewujudan Allah, dan tidak percaya pada ‘tuhan’ agama lain.

Saya mendoakan dia supaya dikurniakan hidayah, dan mencari apa itu Islam yang sebenarnya.

Tapi apa yang saya pasti

Apabila kita mengaku kita adalah muslim, lebih-lebih lagi, kita berbeza dari mereka (non-muslim), contohnya, kita tak minum arak, kita tak makan itu, tak makan ini, perkara yang zahir maksud saya, mereka akan melihat kita sebagai satu kewujudan yang lain. Mereka akan melihat kita ini seorang yang mengamalkan agama, seorang yang religous. Itu yang saya rasa bila berada di kalangan orang Jepun. Mereka sangat lain dari kita, kehidupan mereka cuma berkisar tentang berusaha masuk university, lab research, minum-minum, kerja, dan lain-lain perkara general, mereka walaupun mungkin beragama lain, tapi meraka tidak mengamalkan agama mereka. Pergi ke tempat beribadah pun mungkin setahun sekali. Berdoa pun mungkin setahun sekali. So, apabila kita masuk ke dalam kehidupan mereka, dan memperkenalkan diri kita sebagai muslim, lalu kita beritahu kita tidak minum, kita memakai tudung, kerana kita muslim, mereka sama ada mahu atau tidak, akan memerhatikan tindakan kita yang lain.

Kesimpulannya, berhati-hatilah dengan tindakan kita. Jangan sebab tindakan kita menyebabkan pandangan mereka terhadap Islam menjadi buruk. Berhati-hati dalam berjanji, berhati-hati dalam percakapan, tingkah laku, pergaulan, kerana mungkin mereka sedang memandang kita atas nama Islam, bukan atas nama negara di mana kita datang.

Kerana, mungkin kita akan menjadi penyebab kelewatan hidayah menyentuh hati mereka. Nauzubillahi minzalik.

Lagi satu, hargailah Islam dalam diri kita. Bukan senang nak dapat Islam, jika terasa ilmu kurang cukup, hubungan dengan Allah kurang, maka berusaha perbaikilah. Bukan senang nak dapat Islam. Bukan senang nak kenal Islam. Bukan senang nak dapat kefahaman Islam.

Advertisements

5 thoughts on ““Saya percaya Allah, tapi saya bukan Muslim”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s