Sirah

happily ever after..

Bismillahirahmanirrahim.

Minggu depan exam!!!arghh!!jeritan dalam hati..kalau jerit kuat-kuat,takut mengganggu jiran tetangga pulak. Dah 2 jam mengadap buku有機化学(yuukikagaku/organic chemistry) sampai “panaih kepala gheja dok hapai 式(shiki/formula)”. Dah lama study,nak keluar jalan-jalan macam sunyi pulak jalan-jalan sorang.Jadi kaki pun melangkah ke katil(rumah tak ada sofa,katil pun boleh)..mata melilau cari  buku lain yang boleh dijadikan santapan hati dan jiwa.

Bayangkan anda di padang pasir,derapan tapak kaki kuda, “kelekukkelekak” dan laungan takbir “Allahuakbar” bergema. Matahari terik,bunyi pedang bertemu pedang berdesing…Takot?bersemangat?ehh!!!apa perasaan anda apabila scene ini berlayar di fikiran? Pastinya aksi-aksi yang ini lebih mendebarkan berbanding aksi-aksi En. Harry dan rakan sekolahnya melawan raksasa labah-labah kan?. Inilah perasaan saya tiap kali membaca sirah rasulullah saw,dah sahabat-sahabat (ingin sekali berkongsi imaginasiku,tapi imaginsasi anda pasti lebih hebat bukan?^^). Keberanian dalam diri dan semangat pergantungan pada Allah di setiap medan perang yang dijejaki. Biarpun sampai hancur tangan,terbelah badan,sahabat-sahabat terus berjuang mempertahankan agama Allah,menjulang panji Islam.

Sebagai contoh,kisah Al-Bara’ bin Malik al-Anshori,berbadan kurus tapi berjiwa besar. Mempunyai keberanian yang menggegarkan. Menghumbankan badan kedalam Taman Maut untuk memudahkan tentera Islam menentang tentera Musailimah,memegang rantai besi panas untuk menyelamatkan saudaranya sehingga luluh terbakar tangannya.Manusia luarbiasa! Impian Al-Bara’ untuk syahid dalam peperangan dimakbulkan Allah.Semoga Al-Bara ceria di syurga disamping mendapat redhaNya.Jantung berdegup,adrenalin berderum saat membaca aksi-aksi perang yang tercatat di helaian mukabuku.Saya percaya kisah-kisah keberanian sahabat seperti inilah yang mampu membuatkan diri kita kembali bersemangat.

Mungkin medan peperangan kita berbeza dengan sahabat-sahabat,tak salah untuk mengambil semangat dari mereka untuk diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Mungkin diantara kita yang takut,gemuruh untuk bertanya dalam kelas,apakata cuba membayangkan diri sebagai sahabat contohnya Al-Bara’,keberanian beliau mungkin mendorong anda untuk tampil mengemukakan pandangan atau soalan. Hey!!kelas itu juga merupakan medan perang kita bukan?

err,,saya kurang bercakap dalam bulatan gembira,,hmm mungkin boleh aplikasikan jugak..plus,boleh jugak sharing dengan keluarga bulatan gembira juga kan\(^_^)/

“tunjukilah kami jalan yang lurus,(yaitu)jalan orang-orang yang telah Engkau Beri nikmat kepadanya;bukan (jalan) mereka yang Dimurkai,dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.[Al-FATIHAH:6-7]

Image

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s