Tazkirah

Larian Syaaban

Bismillahirrahmanirrahiim…

Assalamualaikum wbt.

Weehee~Dah beli tiket balik Malaysia semua? Cepat! Sebelum tiket habis, nanti tak sempat pulak nak beraya dengan orang tercinta.

Dalam dingin subuh, hatiku terusik, terkenang nasib diri di rantauan.
Bergema takbir raya, menitis air mata, terbayang suasana permai desa~
(Sudirman; Dari Jauh Ku Pohon Maaf)

Ewaah…Dah mula pasang lagu Raya. RAMADHANnya belum lagi! Ngeehee… Elok sangatlah kalau dari sekarang kita dah mula fikir persediaan Ramadhan selain persediaan menyambut Syawal. (^-^) Sekarang bukan bulan Rejab lagi, tahu? Dah bulan Syaaban!

Daripada Usamah bin Zaid r.a. bahawa dia telah bertanya Rasulullah SAW: “Ya Rasulullah, saya tidak pernah melihat tuan berpuasa dalam mana-mana bulan sebagaimana tuan berpuasa dalam bulan Syaaban.” Baginda menjelaskan (maksudnya): “Bulan ini manusia lupa tentangnya kerana ia terletak di antara Rejab dan Ramadhan. Sedangkan Syaaban adalah bulan diangkat amalan-amalan ke hadapan Tuhan sekalian alam. Maka aku suka amalanku diangkat ketika aku sedang berpuasa.”
[HR At-Tirmizi dan an-Nasa’i]

Syaaban sudah… Lagi beberapa hari nak Ramadhan. Kenapa kita berpuasa sebulan di bulan Ramadhan, ya? Ada orang yang boleh menjawabnya dari segi saintifik. Puasa adalah seperti tongkat ajaib yang dapat menyembuhkan penyakit yang membabitkan perut, dengan berpuasa boleh menurunkan gula darah, tekanan darah, lipid darah dan berat badan… bla bla bla…

Tapi kalau ‘puasa’ sebulan pada bulan lain pun dari segi saintifik boleh memberi kesan yang sama, bukan? Jadi, kenapa kita berpuasa di bulan Ramadhan?

Kerana pada ibadah khusus kita dalam bulan Ramadhan, Allah kurniakan keberkatan… Sebab itu jangan menilai hukum Allah dari segi saintifik! Keberkatan adalah ukuran Allah, bukan ukuran pada mata kasar manusia, bukan pada kajian manusia.

Wahai orang-orang yang beriman! diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa.
[Al-Baqarah 2: 183]

Allah kata agar kamu bertakwa, bukan agar kamu langsing! Hihi… Kalau kita buat sungguh-sungguh kerana Allah, insyaAllah Dia bagi lebih dari  apa yang kita niatkan.

Weehee~ Siapa tak syok Ramadhan datang?! Emmm… Tapi hakikat ibadah puasa itu bagaimana? Adakah sekadar lapar dan dahaga sahaja? Dalam satu hadis,

Daripada Abu hurairah, Baginda SAW bersabda: “Puasa adalah separuh daripada kesabaran, dan di atas setiap sesuatu ada zakatnya. Dan zakat jasad adalah puasa.”
[HR Al-Baihaqi]

Itulah puasa. Separuh dari kesabaran. Kita bukan hanya menahan lapar dan dahaga, tapi juga menahan diri daripada melakukan segala perkara yang membatalkan puasa dari terbit fajar hingga terbenam matahari, dan menahan diri daripada melakukan perkara yang mendatangkan kemurkaan Allah SWT.

Contohnya; setelah seharian kita menahan diri dari makan, minum dan perkara lain yang membatalkan puasa, jangan pula kita melakukan perkara yang melalaikan di malam hari, seperti menonton Crayon Shin Chan. eh. Ya benar, di bulan-bulan lain juga, bila-bila masa, selamanya kita wajib menjauhkan diri dari larangan Allah. Jadi apa istimewanya bulan Ramadhan? Sebab dalam Ramadhan kita boleh menilai diri kita yang sebenar! PENILAIAN!

Tahu kenapa? Syaitan dibelengu oleh Allah SWT daripada membisikan kejahatan kepada manusia. Maka yang tinggal adalah kita sendiri! Tahu, bukan? Ada satu analogi menarik. Mungkin ada yang tahu.

Kalau kita kacau lama air kopi dalam satu cawan dengan sudu, akan terhasil pusaran air kopi. Dan bila sudu diangkat, air kopi masih berpusar.  Syaitan  ibarat sudu dan hati kita ibarat air kopi tu. Sebelas bulan Syaitan bekerja keras membisikkan kejahatan dan manusia ikut dengar. Walau dirantai di bulan Ramadhan, kesan-kesan bisikan kejahatannya pasti masih berpusar di hati manusia. Akibatnya, walaupun di bulan Ramadhan masih ada lagi orang yang berbuat kemungkaran.

Bukan kita insyaAllah! wuhuu…

Maka dengan itu, penting bagi kita untuk lari jauh-jauh dari Syaitan! Mula saat ini! Ya, latih tubi Syaaban sebelum penilaian Ramadhan!

Antara latihan yang perlu diberi penekanan adalah:

  1. Puasa Sunat pada hari Isnin dan Khamis; dan pada 13, 14, 15 Syaaban. Biasakan bangun sahur, berbuka dengan makanan yang manis dan segala amalan sunnah yang bias kita lakukan waktu Ramadhan.
  2. Banyakkan membaca Al-Quran. Kalau kita target baca Al-Quran sehari 10 muka surat pada bulan Ramadhan, praktis 10 muka surat sehari Syaaban ni. Jangan tunggu Ramadhan baru nak buka Al-Quran! Oh, sila banyakkan juga menghayati maknanya. Allah turunkan Al-Quran bukan untuk kita sekadar baca hurufnya, tapi untuk kita hayati dan beramal dengannya!
  3. Banyakkan Qiamulail. Bangun malam… paling kurang solat sunat dua rakaat sebelum tidur atau sebelum subuh. Banyakkan bertahajud dan berdoa pada Allah… Komunikasi dengan Allah. Allah itu dekat. Sangat dekat.
  4. Bertaubat sepenuh hati. Banyakkan istighfar. Kurangkan bercakap perkara tidak berfaedah. Mohon maaf kepada orang lain dan memaafkan kesalahan orang lain. Bercita-citalah untuk menjadi hamba Allah yang suci jiwanya.
  5. Kuatkan azam dan rindu kita pada bulan Ramadhan yang diberkati dengan sering berdoa; Allahumma balighna ramadhan (Ya Allah, sampaikanlah kami kepada Ramadhan).
  6. Belajar balik hukum, fadhilat, adab dan amalan sunat di bulan Ramadhan. Jauhkan dari amalan-amalan syubhah.
  7. Dari segi fizikal, banyakkan senaman- bina stamina untuk solat terawih. Banyakkan minum air masak, supaya tak kurang air dalam badan, lagi-lagi nak puasa pada musim panas ni.

Sedia semua? Kuat dan senyum! Syurga itu indah; percaya sebelum melihat! Semoga kedatangan Ramadhan kali ini berbeza dari tahun yang lepas. Lebih bersedia, lebih ternanti-nanti… Semoga kitalah golongan yang bertaqwa itu, golongan yang dijanjikan syurga!

Allahumma balighna ramadhan.

Ayuh semua! Kuat!

Allahualam.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s