Tazkirah

Manusia itu Cabarannya Pelbagai

Usai solat asar, saya membuat keputusan untuk men-update blog ini yang telah sebulan saya tinggalkan. Mungkin kerana sedikit sibuk baru-baru ini, saya terpaksa memberi keutamaan pada perkara yang lebih penting.

Kebelakangan ini saya sedikit teruji. Teruji dengan karenah manusia dan diri sendiri. Saya dahulu merupakan seorang yang pemarah. Itu sifat buruk yang tidak dapat saya nafikan. Kadang-kadang tanpa sebab yang munasabah sekalipun, saya boleh naik marah dan marah saya umpama barah yang boleh merebak pada orang lain. Sebelum ini saya rasa sifat itu telah berkurang. Namun banyak perkara yang berlaku dalam beberapa minggu ini kembali menguji diri saya. Menguji keimanan saya mungkin.

Setiap orang mempunyai pelbagai cabaran. Cabaran yang saya maksudkan di sini adalah mengawal marah dan bersabar serta berlapang dada.

Ada orang sangat teliti dalam penjagaan masa. Jika berjanji sangat menepati masa dan jika orang lain terlambat semasa temu janji, dia tidak boleh bertolak ansur atau bersabar. Di situ terletak cabaran baginya.

Ada orang yang menghantar mesej atau apa-apa sahaja, tetapi jika tiada ‘reply’ dari pihak itu, dia tidak dapat bersabar. Ini cabaran bagi dirinya.

Baru-baru ini, saya merasakan sangat stress memikirkan banyak perkara yang belum selesai. Lalu ditambah pula dengan masalah-masalah baru yang menambahkan stress. Lalu saya terfikir,

“kenapa Allah menguji saya sebegini?”

“Bukankah ujian yang hebat itu untuk orang yang hebat?”

Tapi mengapa Allah bagi saya ujian yang hebat sedangkan saya langsung tidak hebat? Saya jadi teringat pada kisah Rasulullah s.a.w di dalam buku Raheeq Makhtum.

Apa yang saya teringat adalah kisah penangguhan wahyu kepada baginda. Berikut adalah copy-paste dari buku tersebut.

Di hari-hari penangguhan wahyu Rasulullah hidup dalam keadaan muram dan berduka, Baginda dilanda kehairanan dan kebimbangan, hal ini telah diriwayatkan oleh al-Bukhari di dalam bahagian kitab al-Tabir dengan nasnya yang bermaksud: Dan Wahyu pun tertangguh beberapa ketika menyebabkan Baginda berduka, mengikut maklumat yang sampai kepada kita, bahawa Baginda tersangat berdukacita, hingga mendorong Baginda berkejar, berkali-kali ke kemuncak bukit, hendak menghumban diri, namun apabila sampai ke kemuncak sana untuk mencampak dirinya, Jibril pun menampilkan diri sambil berkata: Wahai Muhammad! Sesungguhnya engkau adalah utusan Allah yang sebenar. Dengan itu gelora dalam hatinya pun kembali tenang dan jiwa kembali tenteram, dengan itu Baginda pulang semula ke rumah, sekali lagi bila wahyu tertangguh kembali pula Baginda dilanda perasaan gundah dan dukacita, berulang pula Baginda ke kemuncak bukit dan sekali lagi Jibril menampakkan dirinya seraya melaung ungkapan yang sama kepada Rasulullah.

Ibnu Hajar menceritakan penangguhan wahyu pun sudah berlalu, itu adalah dengan tujuan untuk membuang perasaan gerun dari hati Baginda dan untuk membangkit perasaan merindukan wahyu, setelah mana perasaan kehairanan sudah tiada lagi, disebaliknya tertegak pula tunggak hakikat. Kini Rasulullah sudah arif dengan penuh keyakinan bahawa Baginda adalah nabi utusan Allah s.w.t, yang datang menemui itu adalah duta wahyu membekalBaginda warta dan perkhabaran langit, hingga dengan itu Baginda sudah rindu dengan Jibril dan wahyu Ilahi, sikap inilah yang membawa Baginda cekal dan sanggup menerima dan memikul tugas dakwah

-Raheeq Makhtum-

Anda dapat menangkap apa yang saya fikir? Ujian yang hebat semestinya untuk orang yang hebat. Akan tetapi, ujian itu mampu menjadikan yang tidak hebat  kepada  hebat. Semasa penangguhan wahyu kepada baginda, baginda sangat tertekan sehingga beberapa kali mahu menghumban diri ke gaung tapi dihalang oleh Jibril. Rupa-rupanya Allah telah mengatur sesuatu yang hebat di sebalik penangguhan wahyu itu sendiri. Ini supaya, Rasulullah merasakan rindu kepada wahyu, membuang perasaan gerun lantas menjadikan baginda hebat dalam memikul tugas yang hebat yakni membawa risalah dari Allah.

Begitu juga dengan diri kita. Saya jadi terfikir, ujian ini untuk menjadikan saya lebih kuat. Mungkin dengan selalu bersabar dengan karenah manusia lain, saya jadi orang yang lebih kuat menahan marah. Mungkin itu yang telah Allah aturkan untuk saya. Siapa tahu melainkan Dia?

Juga ujian itu mungkin bukti Allah masih peduli pada kita.

Mungkin ujian yang Allah berikan pada saya tidak sehebat ujian anda, tapi bersangka baik padaNya adalah yang terbaik.

Reblog from Mengemis Kasih Ilahi

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s