Sirah

AL-KISAH : Nabi Musa menampar

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah wa astaghfirullah.

Allahumma solli ‘ala sayyidina Muhammad.

Sebuah kisah daripada hadis sahih riwayat Abu Hurairah r.a bahawa suatu ketika Malaikat Maut diutus kepada Musa a.s untuk mengambil rohnya. Sebaik sahaja tiba, Nabi Musa terus menamparnya ( hingga terkeluar matanya).

Lalu Malaikat Maut pun kembali semula bertemu dengan Allah s.w.t  seraya berkata :

” Engkau mengutuskan aku kepada seorang hamba yang tidak menginginkan kematian.”

Allah pun mengembalikan mata Malaikat Maut seraya berfirman : ” Kembalilah dan berkatalah kepada dia agar meletakkan tangannya di atas belakang seekor lembu jantan. Dari setiap helai rambut yang dapat dilitupi oleh tangannya, maka baginya ( umur ) satu tahun.”

Malaikat Maut kembali dan menerangkan kepada Nabi Musa.

Baginda bertanya : ” Wahai Rabb, setelah itu apa pula ?”

Allah berfirman : ” Kemudian kematian.”

Nabi Musa berkata : ” Jika begitu, aku mahu kematian sekarang.”

Nabi Musa pun meminta kepada Allah agar dibawa mendekati tanah suci, sejauh lemparan batu. Kemudian Rasululllah s.a.w memberitahu : ” Jika aku berada di sana, tentu aku tunjukkan kuburnya berhampiran Bukit Pasir Merah.”

Dalam kisah ini, timbul dua persoalan.

Pertama, adakah malaikat mempunyai wajah yang sama dengan manusia sehingga boleh ditampar hingga terkeluar biji mata ?

Kedua, perihal Nabi Musa yang dilihat semacam menafikan ajalnya, tidak mahu mati.

Mengikut pengajian ilmu Tauhid malaikat adalah makhluk yang tidak berjisim. Tidak sama seperti manusia. Na
Nabi Musa sebenarnya tidak menafikan ajalnya. Malaikat Maut diutuskan untuk bertanya, bukan untuk mencabut nyawa. Yakni, malaikat kembali mengadu kepada Allah dengan berkata ” Engkau mengutus aku kepada seorang hamba yang tidak mengingini kematian.”mun, malaikat boleh menjelma menjadi manusia. Ini disebut oleh Allah dalam al-Quran surah Maryam, ayat 16-19 bahawa malaikat pernah datang kepada Siti Maryam dalam rupa bentuk manusia.

Ini bermaksud, dia bertanya Nabi Musa sama ada bersedia dengan kematian atau tidak.

Wallahua’lam.

[Dipetik dari Majalah Solusi Isu Perdana 2008]

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s