Dakwah dan Tarbiyah

Keluar Dari Zon Selesa Anda. Bangun!

Bismillahirrahmanirrahiim

Assalamualaikum wbt.

Sekarang mahasiswa-mahasiswi Jepun tengah dilanda musim exam, kan? Ya, kamu. Sudah habis mengulangkaji pelajaran?

SUDAH!

MasyaAllah! Mantap! 😉

Pasti banyak masa yang dikorbankan untuk mengulangkaji pelajaran. Sanggup belajar sampai ke Subuh (sebab sekarang Subuh semakin awal)!

Ya. Ulangkaji sambil-sambil tunggu masuk waktu Subuh!

Oh. Atau tunggu masuk waktu Subuh sambil-sambil mengulangkaji? Ehheh.

Pasti banyak juga cerita-cerita Korea yang kita korbankan untuk memberi laluan pada masa belajar, kan?

Alhamdulillah kita tahu memilih sesuatu yang lebih penting untuk dilaksanakan dan meninggalkan sesuatu yang remeh untuk menjayakan perkara yang lebih besar. Berfikiran besar! 🙂

Tapi…

Ada yang lebih besar dari exam. Saya pasti anda tahu, tapi mungkin kita selalu lupa. Saya juga. Kerana kita manusia.

Ya. Dakwah dan tarbiyyah. Jalan kita, jalan yang selalu kita pinta pada Allah paling kurang sehari tujuh belas kali kita pinta.

Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka. Bukan jalan orang-orang yang Engkau murkai dan bukan pula jalan orang-orang yang sesat.
[Al Fatihah 1: 6-7]

Ya jalan ini.

Jalan kebenaran bukan tempat untuk kita mengutip hal-hal kecil. Berjiwa besarlah! Kerana ujian kita di jalan ini bukan hanya pada kertas. Tapi ujian kita di jalan ini adalah pada setiap hembusan nafas kita!

Kita mengikuti usrah sudah sekian lama. (Yeay. saya bebas menggunakan perkataan usrah di sini! Fuuh. Saya selalu mengelak daripada menggunakan perkataan ini dalam kebanyakkan tulisan saya, kecuali di sini. Err atas sebab-sebab tertentu. Heh. Tapi kali ini saya nak tekankan perkataan itu!) Kita sudah acap kali mendengar, “Tarbiyyah bukan segala-galanya, tapi segala-galanya bermula dengan tarbiyyah”. Pernah tak dengar, “Usrah bukan segala-gala tarbiyyah, tapi segala-gala tarbiyyah bepusat dari usrah”? Haaa…. Ni kata-kata Ustaz-Kamu-Tahu-Siapa. Hehe. Apa maksud kata-kata tu?

Saya ambil ayat belakang dulu. “Segala-gala tarbiyyah berpusat dari usrah”. Kebanyakkan kita mengenal tarbiyyah selepas mengikuti usrah. Betul tak? Dari usrah kita tahu kepentingan memahami al Quran, kita mula peduli hal ummah, kita mula mentadabur alam dan sebagainya. Kita jadi mahsyuk dengan usrah. Tapi ayat depan kata, “Usrah bukan segala-gala tarbiyyah”. Ada bayak lagi wasilah (cara) untuk kita dapatkan tarbiyyah. Bukan dengan hanya duduk dalam bulatan alam maya. Akhwat jepun kan ‘suka’ usrah online? Heheh provokasi sedikit di situ.

Ada banyak lagi perkara yang Allah nak mentarbiyyah kita dengan pelbagai cara. Kalau kita tak keluar dari zon selesa duduk dalam usrah je; pemikiran kita susah nak berkembang. Err, saya tak kata jangan pergi usrah lagi. Segala-gala tarbiyyah berpusat dari usrah! Kalau kita tak keluar pergi program, mengeluarkan sedikit wang, memerah tenaga dan memperuntukkan sedikit masa, bagaimana untuk kita merasai apa yang para sahabat lalui, seperti yang kita dengar dalam usrah kita?!

Katakanlah, “Berjalanlah di bumi, maka perhatikanlah bagaimana Allah Memulai penciptaan, kemudian Allah Menjadikan kejadian yang akhir. Sungguh Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.
[Al Ankabut 29: 20]

Maka tidak pernahkah mereka berjalan di muka bumi, sehingga hati mereka dapat memahami, telinga mereka dapat mendengar?…
[Al Hajj 22: 46]

Katakanlah, “Berjalanlah kamu di bumi, lalu perhatikanlah bagaimana kesudahan orang-orang yang berdosa”.
[An Naml 27: 69]

Berhenti dari kemalasan kita bila diajak pergi program. Kalau kita sanggup mengorbankan masa tidur, juga masa menonton cerita Korea (?) untuk exam, kenapa tidak kita berkorban sedikit tenaga, masa dan harta kita untuk meraih redha Allah?

Andai kemalasan untuk keluar dari zon selesa masih bertapak di hati kita, tanya kembali di lubuk hati; Apa benar sudahkah kita mengikuti tarbiyyah?? Apakah hasil daripada usrah yang kita jalani setiap minggu? Adakah usrah mengajar kita untuk hibernate di tempat sendiri?

Ya. Lawanlah rasa keberatan itu. Tinggalkanlah segala bentuk jahiliyyah yang bisa menghalangi kita. Mutiara takkan mahal, kalau ia mudah didapati. Syurga takkan diciptakan indah, kalau jalan menujunya dibentang dengan permaidani merah. TADHIYYAH!

…Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.
[Al Baqarah 2: 216]

…Kamu menghendaki harta benda duniawi sedangkan Allah mengkehendaki (pahala) akhirat (untukmu). Dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.
[Al Anfal 8: 67]

Allah nak bagi kita akhirat. Adakah kita mahu menolak? Ohhh.

Sebelum mengakhiri, sila ambil tafsir buka surah Yaa Sin, baca ayat ke 20. Heh. Saja tak nak tulis kat sini. Praktis mengatasi rasa malas! Ok, dah? Hayati ayat tu, ambil mood.

Dan…

Go go go! Spread the message!

Sekian.

Allahualam. 🙂

Advertisements

One thought on “Keluar Dari Zon Selesa Anda. Bangun!

  1. Reblogged this on and commented:
    …Kamu menghendaki harta benda duniawi sedangkan Allah mengkehendaki (pahala) akhirat (untukmu). Dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.
    [Al Anfal 8: 67]

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s