Tazkirah

anda pernah jatuh cinta?

Berdirimu di waktu malam, sujudmu yang dalam

mengukuhkan hatimu melebihi gunung membiru

lalu kau terima beban untuk mencintai semesta;

membagi senyum ketika kau terluka,

memberi minum ketika kau dahaga,

menghiburkan jiwa-jiwa ketika kau berduka.

-Salim A.Fillah-

Anda pernah jatuh cinta?

Aha. Jangan membayangkan saya bercakap mengenai cinta berlainan jantina. Kalau kita bercinta, kita mesti akan cuba yang terbaik untuk membuat seseorang itu tersenyum. Baiklah. Mari saya membawa anda kepada cinta sesama manusia. Cuba kamu pejam mata sekarang. Boleh kamu rasai kehangatan cinta ibu bapa kamu dalam hati? Mereka manusia yang dikurniakan cinta tanpa syarat. Mereka sanggup bekorban demi membesarkan kamu. Walaupun kamu sudah meningkat dewasa, tapi pada pandangan mereka, kamu masih lagi anak2 kecil yang mereka sayangi. Kamu dapat rasai itu?

Sekarang,saya ingin tanya.

Cuba kamu pejam mata. Boleh kamu rasai cinta Dia?

Senyum. Kamu mesti dapat rasainya. Pasti. Kerana kamu juga sepertiku. Masih bernafas hari ini kerana cinta Dia.

Tapi persoalannya sekarang, sejauh mana cinta kita kepada Dia? Pabila ayat-ayatNya dibacakan kepadamu, mampukah hati kamu bergetar? Pernah tak kamu merasakan rindu kepadaNya seperi mana rindunya kamu kepada keluargamu pabila berjauhan? Pernah tak kamu bercerita dan mengadu kepadaNya lebih lama dari masa kamu bergayut bersama kawan-kawanmu? Dan pernah tak mengutamakan Dia melebihi segala-galanya?

Pernah kah? 

Betul. Kita manusia. Kita bukan malaikat. Mana mungkin cinta kita setanding para malaikat yang cintanya kepada Allah sangat tinggi melebihi tingginya langit nun jauh diatas sana. Tapi kerana kita manusialah kita kena berlumba-lumba untuk mengejar cintaNya. Kerana, suatu hari nanti, mungkin juga hari ini, ruh kita ini akan kembali bertemu kepadaNya. Tidak mahukah kita berjumpa dengan Dia dalam keadaan cinta dan rindu yang menggunung?

Kalau hari ini, saat ini, obsesi kita kepada dunia masih menebal, apa kata kita cuba buangkan sedikit demi sedikit. Sebab cinta kepada Allah dan cinta kepada maksiat tidak boleh berada dalam hati kita pada masa yang sama. Ibarat air dan minyak. Mana mungkin ia bisa bersatu.

Pabila sampai masa kamu rasa kamu betul-betul jatuh cinta kepada Dia, setiap masa kamu akan bisa tersenyum. Biar pahit, biar payah tapi senyuman kamu itu kerana kamu tahu itu semua itu nikmat dari ini. Kerana tidak ada perkara dalam hidup kita yang berlaku melainkan semuanya adalah nikmat dari Dia. Kerana cinta dan kasih sayangNya.

Pandang langit seolah-olah Dia juga memandangku. Senyum.

Mari, usaha lagi hari ini. Hari esok. Hari berikutnya. Untuk meraih cinta Dia.

Kita ni kadang-kadang terlalu sibuk mencari cinta manusia sampai kita tak sedar cintaNya yang melimpah ruah kepada kita. Jangan terlalu sibuk mencari cinta lain, kalau cinta kamu kepada Dia pun masih belum cukup basah. Mari, fokuskan cinta kita. Kejar cinta Illahi. Sebab kita ini kan hambaNya.

Teringat kata-kata seorang akhawat.

“Fokuskan rindu kepada Allah. Biar sampai berpeluh”

Image

Now I know how it’s like
To have a precious love in my life
Now I know how it feels
To finally be at peace inside
I wish that everybody knew
How amazing it feels to love You
I wish that everyone could see
How Your love has set me free
Set me free and made me strong

(Maher zain-I love you so)

Sekali lagi, anda pernah jatuh cinta?

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s