Sirah

Bezanya iman sang semut dan si manusia

Bismillah…

Satu kisah yang mungkin pernah diperdengarkan kepada kita oleh ustazah semasa di sekolah rendah, bezanya iman sang semut dan si manusia. Jika dulu kita sebagai kanak-kanak reaksinya setelah mendengar kisah-kisah begini hanyalah mengangguk-angguk dan ter’excited’ dengan suntikan imunisasi kanak-kanak riang tapi sekarang kita sudah cukup matang untuk menterjemah dan mengambil ibrah(pengajaran) di sebalik setiap kisah dan sirah lampau.

KISAH LUARBIASA IMAN SANG SEMUT

Ketika zaman Nabi Allah Sulaiman, berlaku satu peristiwa apabila Nabi Allah Sulaiman ternampak seekor semut melata di atas batu; lantas Nabi Allah Sulaiman merasa hairan bagaimana semut ini hendak hidup di atas batu yang kering di tengah-tengah padang pasir yang tandus.

Nabi Allah Sulaiman pun bertanya kepada semut: ” Wahai semut apakah engkau yakin ada makanan cukup untuk kamu”.
Semut pun menjawab: “Rezeki di tangan ALLAH, aku percaya rezeki di tangan ALLAH, aku yakin di atas batu kering di padang pasir yang tandus ini ada rezeki untuk ku”.

Lantas Nabi Allah Sulaiman pun bertanya: ” Wahai semut, berapa banyakkah engkau makan? Apakah yang engkau gemar makan? Dan banyak mana engkau makan dalam sebulan?”

Jawab semut: “Aku makan hanya sekadar sebiji gandum sebulan”.

Nabi Allah Sulaiman pun mencadangkan: “Kalau kamu makan hanya sebiji gandum sebulan tak payah kamu melata di atas batu, aku boleh tolong”.

Nabi Allah Sulaiman pun mengambil satu bekas, dia angkat semut itu dan dimasukkan ke dalam bekas; kemudian Nabi ambil gandum sebiji, dibubuh dalam bekas dan tutup bekas itu. Kemudian Nabi tinggal semut didalam bekas dengan sebiji gandum selama satu bulan.

Bila cukup satu bulan Nabi Allah Sulaiman lihat gandum sebiji tadi hanya dimakan setengah sahaja oleh semut, lantas Nabi Allah Sulaiman menemplak semut: “Kamu rupanya berbohong pada aku!. Bulan lalu kamu kata kamu makan sebiji gandum sebulan, ini sudah sebulan tapi kamu makan setengah”.

Jawab semut: “Aku tidak berbohong, aku tidak berbohong, kalau aku ada di atas batu aku pasti makan apapun sehingga banyaknya sama seperti sebiji gandum sebulan, kerana makanan itu aku cari sendiri dan rezeki itu datangnya daripada Allah dan Allah tidak pernah lupa padaku. Tetapi bila kamu masukkan aku dalam bekas yang tertutup, rezeki aku bergantung pada kamu dan aku tak percaya kepada kamu, sebab itulah aku makan setengah sahaja supaya tahan dua bulan. Aku takut kamu lupa”.

Kalau sehebat itu iman si semut, cuba teliti kita. Ada ker sekuat iman si semut?Ada?

KISAH IMAN SI MANUSIA

Manakala di zaman Imam Suffian, ada seorang hamba Allah yang kerjanya menggali kubur orang mati. Kerja-kerja menggali kubur orang mati bukan kerja orang aneh atau orang kuras waras. Bila ada orang mati, mayat mesti ditanam, oleh itu kubur perlu digali dulu. Tetapi yang aneh lagi ganjil mengenai hamba Allah ini ialah dia tidak gali kubur untuk tanam mayat.

Sebaliknya apabila orang mati sudah ditanam, waris sudah lama balik ke rumah dan  agak-agak  malaikat Munkar Nakir pun sudah siap menyoal, barulah penggali ini datang ke kubur untuk menggali semula kubur.

Dia nak tengok macam mana rupa mayat setelah di INTERVIEW oleh Munkar Nakir. Dia korek 1 kubur, 2 kubur, 3 kubur, 10 kubur, 50 kubur sampailah 100 kubur.

Kemudian, penggali pergi kepada Imam Suffian dan bertanya kepadanya: “Ya Imam, kenapakah daripada 100kubur orang Islam yang aku gali, dua sahaja yang mana mayat di dalamnya masih berhadap kiblat. Yang 98 lagi sudah beralih ke belakang?”.

Jawab Imam Suffian:” Diakhir zaman hanya 2 dari 100 umat Islam yang percaya rezeki itu di tangan Allah. 98 orang lagi tidak percaya bahawa rezeki di tangan Tuhan”.

Muhasabah…berbezanya iman makhluk kecik, sang semut dan makhluk  sempurna, si manusia. Kita mungkin terlalu dimanjakan dengan kemewahan harta benda, wang ringgit, keselesaan hidup, keseronokan hiburan duniawi, sehingga iman beralih. Manusia punya semuanya, tapi masih susah mahu interaksi dengan Tuhan, berbanding sang semut yang tidak punya apa-pun, tapi lebih kerap zikrullah nya.


Percayalah, sungguh pertolongan Allah itu sangat dekat.

Minta semua dari Dia, pasti Dia takkan pernah kecewakan kita:’)

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s