Dakwah dan Tarbiyah

Rindu Kampung Itu..

Assalamualaikum wbt..Bismillahirrahmanirrahim..Alhamdulillah..

salawat dan salam ke atas Rasulullah saw..

Nikmat tarbiyah. Diberi peluang mendalami ayat-ayat cintaNya,berpeluang merasai manisnya nikmat ukhuwah lillahitaala. Di setiap minggu ada pengisian,peringatan yang Allah sampaikan melalui murobbiah dan sahabat-sahabat bulatan gembira. Dada sarat dengan ilmu lalu dihadam,kadang-kadang cepat kadang-kadang lambat. Jangka masanya tak penting, asalkan apa yang dapat dicerna dalam HATI mampu diterjemahkan dengan perbuatan ataupun lisan.

Bicara soal HATI, hati yang bagaimanakita patut dimiliki? Jenis mana?

Usahkan ditanya jenis mana? Apakah jasad ini punya HATI??

Umpama ada sergahan entah dari mana,” Hah! Tunggu apa lagi?”sampai ke telinga.Pengembaraan dengan misi-misi menyingkap tirai diiringi bunyi loceng penggera sehingga berdesing telinga sakit sampai ke tulang.

Pengembara tiba di sebuah kampung,nyaman sekali,suasana pasti menggamit hati. Penduduk kampung mesra,ceria. Ucapan salam dan senyuman berselang-seli menghiasi suasana.Pengembara dengan misi,terus kuatkan langkah,menggerakkan kaki,membuka luas pancaindera,bersemangat memulakan pengembaraan.

Dalam semangat mencari dan terus mencari terus berlari mendaki,menghayati,mendalami kerana sudah ada “signboard” jalan mana yang patut dijejaki,jahiliah,nafsu berlumba-lumba mengejar si pengembara.Pengembara yang mengisi tanki-tanki supaya penuh,tak dibiarkan kekal berstamina tinggi.

Masa mencemburui si pengembara.Kampung yang indah ditinggalkan.Si pengembara  dengan tanki-tanki terisi,kembali ke medan perjuangannya.Suasana kesibukan menguasai ilmu-ilmu buat tangga mengejar cita-cita duniawi, membuatkan si pengembara kembali lemah.

Apa yang terjadi pada tanki-tanki yang diisi? Apa terjadi pada hati yang sudah ditemui?

Sayang sekali,andai dibiar basi,umpama besi di bawah sinar mentari yang karat dah tak berkilat lagi.

Singa yang sedang lena pun takkan mampu bangun berdiri selagi masih asyik dibuai mimpi-mimpi siti di alam fantasi.

Bagi si pengembara,mungkin yang dicari sudah ditemui,tapi untuk menggenggam erat,memastikan yang terisi sentiasa diisi, ada ketakutan menyelubumi. Hati yang lembut bila-bila masa sahaja boleh dicemari. Allah ciptakan alam,ada cas negatif dan cas positif yang mengelililingi.Apakah hati dan tanki-tanki lebih tertarik pada cas negatif?

Pengembara takut nafsu menguasai diri kerana ia mampu pisahkan diri dari yang hakiki T.T

Kadang kala,tali-tali di sepatu harus diperhati,adakah masih kemas terikat atau sudah terungkai ?

Ikat tali kasut kuat-kuat,lari sekuat kudrat yang ada dari yang negatif.Ikat tali kasut kuat-kuat untuk terus seiiring melangkah bersama sahabat-sahabat lain.Walaupun terjatuh si pengembara bangun.Pengembara cuba lagi,kerana perjalanan masih panjang.

Kembara mencari hati tak boleh berhenti setakat berkampung hampir lima hari,yang berkarat harus dicuci sampai nampak putih yang suci,yang menanti tak boleh terus menanti kerana masa laju sekali memecutkan diri.Si pengembara mengajak sahabat-sahabat,jom terus bangun, cari hati,cucikan hati,semoga bertemu di syurga yang indah dan kekal abadi. Semoga redha Allah yang si pengembara cari,sama-sama dapat dikongsi.

“Ya Tuhan kami,janganlah Engkau condongkan hati kami kepada kesesatan setelah Engkau Berikan petunjuk kepada kami,dan kurniakanlah kepda kami rahmat dari sisi-Mu, sesungguhnya Engkau Maha Pemberi”

[ Surah Ali Imran,3,ayat 8]

Image

“perbaiki diri dan seru orang lain”GANBARIMASHOU!!!

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s