Sirah

sabar yuk?

“WAHAI ORANG-ORANG YANG LEMAH SEMANGAT!

“SESUNGGUHNYA DI JALAN INI NUH MENJADI TUA,YAHYA DIBUNUH,ZAKARIA DIGERGAJI,MUHAMMAD DISEKSA DAN ANDA PULA INGINKAN ISLAM ITU DATANG DENGAN MUDAH DI BAWAH KAKIMU?”

-IBN QAYYIM-

Salam alaik buat semua pembaca.

Saya selalu terkesan jika terbaca petikan dari Ibn Qayyim yang diatas itu. Kalau lah difikirkan-fikirkan,apalah sangat usaha yang dah kita lakukan untuk menegakkan Islam jika nak dibandingkan dengan usaha mereka yang sudah berusaha untuk Islam sebelum kita. Banyak mana sangat ujian yang Allah dah bagi untuk kita sehingga kita boleh putus asa,lemah semangat untuk terus mengembangkan Islam ini?

Sama-sama kita muhasabah diri ini untuk terus bersabar untuk terus bemujahadah di jalan ini,jalan yang penuh duri.

πŸ™‚

Kalau disebutkan tentang sabar,apa yang bermain difikiran anda semua??

πŸ™‚

Kalau saya, NABI AYUB a.s!

Nabi Ayub a.s adalah seorang Nabi dan Rasul yang didatangkan dari keturunan Bani Israil.Nabi Ayub merupakan cucu kepada Nabi Ibrahim a.s. Sifat sabar ini amat menonjol sekali pada diri Nabi Ayub kerana beliau berjaya melalui setiap cabaran dan ujian dari Allah swt setanding dengan kesabaran Nabi Muhammad saw.

Nabi Ayub merupakan seorang yang terkenal dengan kekayaannya,merupakan orang yang paling kaya disisi kaumnya. Beliau mempunyai harta yang banyak, binatang ternak yang berbagai macam serta dikurniakan anak yang ramai.

Namun kekayaan yang dimiliki Nabi Ayub tidak langsung membuatkan beliau lupa itu hanyalah pinjaman dari Allah.Beliau sangat pemurah dan lemah-lembut terhadap fakir miskin,anak-anak yatim dan juga orang-orang yang datang meminta tolong kepadanya.Beliau juga terkenal dengan orang yang sangat menghormati tetamu-tetamu beliau.

Allah datangkan cubaan dan ujian yang sangat berat dan hanya mungkin dapat ditanggung oleh para Nabi dan Rasul sahaja.Satu demi satu ujian diturunkan kepada Nabi Ayub untuk membuktikan kepada syaitan betapa teguhnya iman Nabi Ayub. Ini kerana syaitan telah memohon kepada Allah swt supaya Nabi Ayub didatangkan cubaan kerana syaitan mengira jika Nabi Ayub ditimpakan cubaan-cubaan yang berat beliau tentu akan berlaku derhaka terhadap Allah swt.

Cubaan pertama dimana Nabi Ayub diuji dengan ujian kemiskinan.Harta Nabi Ayub dikurangkan sedikit demi sedikit sehingga beliau menjadi miskin.Namun itu langsung tidak menggoyahkan imannya sebaliknya Nabi Ayub sentiasa mengingatkan dirinya tentang semua itu adalah semua kepunyaan Allah swt. Dan Nabi Ayub telah

LULUS!

untuk cubaan pertama πŸ™‚

Kemudian Allah timpakan ujian terhadap anak-anak.Allah telah mematikan seorang demi seorang anak-anaknya.Anak-anaknya meninggal dihadapan matanya. Manusia mana yang mungkin dapat bersabar jika anak-anaknya seorang demi seorang diambil oleh Allah tetapi itulah Nabi Ayub yang tetap teguh imannya dan sentiasa sedar bahawa anak-anak juga adalah merupakan pinjaman dan milik Allah yang mutlak. Dan untuk ujian kedua Nabi Ayu juga telah

LULUS!

Kemudian setelah itu,Allah itu lagi Nabi Ayub dengan ditimpakan penyakit kulit yang sangat berat.Penyakit kulit ini sangat berat sekali sehingga setiap orang yang melihatnya akan merasa amat jijik sekali.Namun walaupun begitu,Nabi Ayub tetap tiada alasan untuk meninggalkan kewajipannya untuk terus beribadah kepada Allah swt. Tatkala menderita dengan penyakit ini,seorang demi seorang ahli keluarganya serta sahabat handai telah menjauhkan diri kerana penyakit kulit itu.Walaupun begitu,isterinya,Rahmah tetap setia menjaga beliau dan ini telah membuatkan syaitan tidak berasa senang lalu menghasut isteri Nabi Ayub dan daripada hasutan iblis laknatullah itu,isterinya akhirnya enggan mengikut kata-katanya.Kesudahannya Nabi Ayub menjadi marah lalu berkata kepada isterinya,” Jika aku sembuh nanti nescaya engkau akan aku pukul seratus kali”. Setelah itu,isterinya pula meniggalkan beliau:( Padahal di saat itu,hanya isteri tempat beliau menghilangkan kesedihan hati .

Mengenangkan dirinya yang tidak putus-putus diuji,beliau akhirnya berdoa kepada Allah swt ,

” YaAllah, Ya Tuhanku! Aku telah ditimpa kemelaratan dan Engkaulah yang lebih pengasih dari segala yang pengasih”

Allah Maha Pengasih Maha Penyayang tidak akan membiarkan hambanya dalam keadaan menderita selama-lamanya dan telah memakbulkan doa Nabi Ayub.Allah swt telah mewahyukan kepada Nabi Ayub agar dihentakkan kaki ke atas tanah nescaya akan keluar air dari tanah itu yang dapat menyembuhkan penyakit kulitnya itu. Air itu sangat dingin dan boleh dibuat mandi dan diminum untuk menyembuhkan penyakitnya itu. Setelah itu,beliau sembuh seperti sediakala dengan kehendak Allah swt.:)

Bagaimana pula dengan isterinya yang beliau bersumpah akan memukul apabila beliau telah sembuh? Beliau tidak memukul kerana telah dilarang oleh Allah swt, tetapi Allah swt telah memerintahkan Nabi Ayub supaya mengambil seratus batang lidi menjadi satu ikatan dan memukul isterinya sekali sahaja πŸ™‚

wallahu’alam.

Begitulah kisah Nabi Ayub yang dapat kita ambil iktibar dengan berkat kesabarannya terhadap ujian yang telah diberikan oleh Allah.

Kita juga perlu lebih sabar dan sabar untuk terus berada pada jalan ini.Jalan yang penuh dengan duri,yang penuh dengan airmata tetapi ingatlah kerana kita mengimpikan SYURGA Allah kelak πŸ™‚

insyaAllah

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s