Dakwah dan Tarbiyah

kasih kekasih

Bismillahirrahmanirrahim
Alhamdulillah untuk nikmat iman dan islam.
Selawat dan salam untuk junjungan mulia,muhammad saw.
……………………………………………………..

Bukan kehendak saya untuk ia terjadi.
Juga bukan kehendak si dia untuk ia terjadi.
Saya yakin.
Ia bukan kehendak kami untuk menerbitkan rasa tidak selesa antara kami.

Dari memikirkan ia kehendak siapa,
Ibrah(pengajaran) itu yang lebih penting dalam setiap apa yang terjadi dan berlaku,
Hatta, kenapa saya makan nasi berulamkan air mata sekalipun.
Oh?
Ok. Xpernah pun.

Andai diundur masa itu, saya pasti akan memberi 反応 ( hannou : tindak balas) yang baik. Saya pasti akan beri perhatian lebih kepada apa yang diucap berbanding apa reaksi muka dan tangannya. Berbanding bahasa badannya. Bahkan berbanding pandangan matanya.
Saya pasti akan bersikap lebih matang.
Dan yang penting saya pasti akan lebih bersikap BERLAPANG DADA.
Ah.manusia. memang suka memberi alasan.
sudah terhantuk baru terngadah.

Kenapa berlapang dada itu di CAPS LOCK kan ?
Entah.
Jemari saya dengan sendirinya menekan butang caps lock.

Manusia diuji pada titik lemahnya.
Kenapa?Agar manusia itu dapat mengatasi kelemahan itu dan sekaligus dapat memperbaik kelemahan yang lain pula.

Contoh paling dekat dan terkini:
Pada tahun pertama kedatangan cik kuntum ke negara sakura, cik kuntum sangat gemar akan mister donut ( misdo ). Cik kuntum sangat tidak boleh menolak andai ada ajakan-ajakan kawan-kawannya untuk ke misdo. Pasti cik kuntum akan memenuhi ajakan itu.
Pada tahun kedua keberadaan cik kuntum di negara yang bunga sakura kembang dua minggu sahaja, ditakdirkan Allah ( bukan pilihan cik kuntum sebenarnya) rumah sewanya terletak berhampiran dengan kedai misdo. Sehinggakan bau donut dibakar pun dapat dihidu dari celahan tingkap besi kamar. (?)
Pada tahun pertama, cik kuntum bernasib baik mendapat tempat untuk tinggal di 留学生宿舎( asrama ).
Alkisahnya, setiap harilah cik kuntum berkunjung dan mencemar duli ke kedai tersebut. Kalau bukan satu set, setidak-tidaknya sebiji donut akan berjaya dibeli.
Hal ini berterusan sehingga 3/4 tahun.
Akhirnya, pada 1/4 terakhir tahun tersebut. Cik kuntum sudah lali dan sudah merasa kesemua ( yang sah dan diyakini boleh makan ) donut yang dijual.
Menyebabkan cik kuntum sudah berasa tidak mahu untuk menikmati donut-donut empuk itu lagi. Bak kata orang melayu, sudah muak.bak kata orang jepun, もう,いやだ.( saya sudah tidak mahu)
Apabila diajak ke misdo oleh rakan-rakannya, beliau sudah tidak keberatan untuk menolak lagi. Cik kuntum sudah memiliki daya tolak yang hebat.immune!

Nah.itu dia. Satu ketika dahulu, donut itu adalah kelemahan bagi cik kuntum. Akhirnya kelemahan cik kuntum untuk menolak ajakan untuk ke misdo sudah berjaya diatasi. Menandakan cik kuntum sudah kuat .
Tapi, perasankah anda, berapa lama masa yang diambil oleh si kuntum untuk sampai ke tahap immune ? oh2.

Begitulah jua dalam kehidupan sehari-hari. Setiap hari ujian itu pasti akan datang tidak lain dan tidak bukan hanyalah untuk menjadikan kita kuat dan dapat 乗り越える( norikoeru : mengatasi ) kelemahan. Di samping menjadikan kita immune terhadap sesuatu.

Dan ujian itu adalah tanda kasih sayang.Wuhuuu.
Ujian ukhuwah.
Ujian butsuri ( fizik).
Ujian memandu.(?)

Ayuh.ambil tafsir, muka surat 33.
Al-Baqarah, ayat 214.

Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (cobaan) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh MALAPETAKA dan KESENGSARAAN, serta DIGONCANGKAN ( dengan bermacam-macam cobaan) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang beriman bersamanya, “ Bilakah datangnya pertolongan Allah?” Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat.

Allah.
T.T

Bersyukurlah andai Dia uji kita. Tanda sayangNya kepada kita. Andai hidup kita berlalu tanpa sebarang masalah dan lancar, hubungan denganNya harus dikemaskini. Mungkin ada yang terlopong di sana sini.
Huk3.

Perhatian! Andai kita seorang yang bersikap sukar untuk berlapang dada, bersiap siagalah ( be ready ). Kerana kita akan kerap diuji dengan ujian berlapang dada.Sama ada kita sedar atau tidak. Dari pelbagai arah. Dan setiap kali ujian itu datang menghampiri kita, ingatlah bahawa itu peringatan dan amaran kasih sayang. Bersabarlah kerana Dia juga ingin memberikan pahala sabar kepada siapa yang Dia uji.

tiada kata.biarkan hatimu berbicara.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s