Tazkirah

Ikhlas Dalam Perjuangan

Bissmillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum wbt.

Seminggu yang lepas berlalu sudah satu program besar di Jepun. Tak perlu saya sebutkan program ape tu. Semua orang tahu kan? πŸ™‚ Program pendidikan. Redefining Education: Cultivating Aspiring Rijal. Ye ye… Program tu. πŸ˜‰

Err… So macam mana semua? Emmm macam mana apa ek? Lebih semangat eh? πŸ˜€

Satu yang meninggalkan bekas di hati ini adalah keikhlasan kita dalam berjuang! IKHLAS!

Kami tidak menawarkan jawatan apa pun kepada anda. Tidak ada ganjaran dunia satu apa pun yang kami tawarkan di jalan ini. Hanya Allah yang layak memberi ganjaran dengan sebaik-baik ganjaran.

Dakwah ini tak memerlukan orang yang bekerja kerana kawannya (atau sesiapa yang dia sayangi) turut sama berkerja. Adakah bila kawan kita ‘berhenti melangkah’, adakah kita juga mahu berhenti melangkah? Ketahuilah Allah sentiasa menapis kita! Hanya mereka yang benar-benar ikhlas akan bertahan.

Dakwah ini tak memerlukan orang yang menunggu-nunggu jawatan atau kerja diberikan padanya. Apa sangat nilai pada sehelai kot hitam, sebuah kerusi khas, malah sekeping tag nama ajk?!

Nauzubillah. Jangan kedengaran lagi di telinga kita ada yang mendambakan jawatan, sedang tugas dakwah belum diperhebat.

Sungguh mereka yang terpilih adalah orang yang selayaknya berada di situ! Kita ini. Adakah kita mengagumi mereka kerana jawatan mereka atau kerana mujahadah (kesungguhan) dan tadhiyyah (kesabaran) mereka dalam kerja dakwah?!

Dakwah ini tak perlukan orang yang ada kepentingan sendiri. Kepentingan dunia. Ikhlaslah dalam berjuang akhwat! Apa lagi yang kita harapkan di jalan ini?

Dan orang yang membawa kebenaran dan orang yang membenarkannya, mereka itulah orang yang bertakwa. Mereka memperoleh apa yang mereka kehendaki di sisi Tuhan-nya. Demikianlah balasan bagi orang-orang yang berbuat baik. Agar Allah Menghapus perbuatan mereka yang paling buruk yang pernah mereka lakukan dan Memberi pahala kepada mereka lebih baik daripada apa yang mereka kerjakan. [Az Zumar, 39: 33-35]

Nah! Keampunan Allah! Kenanglah betapa banyak kejahatan yang telah kita kerjakan sebelum mengenal jalan ini… Allah beri kita keampunan, akhwat! T____TΒ Β  Malah Allah berikan ganjaran yang lebih baik dari apa yang kita kerjakan. Apa lagi harapan kita yang paling tinggi selain redha Allah?!

Jangan kita hina diri kita sendiri dengan mengharapkan dunia! Ingatlah dunia hanya sementara.

Saya bukanlah orang yang paling layak membicarakan soal ikhlas. Ikhlas itu urusan kita dengan Allah. Cuma, sebagai tazkirah; mari kita sama-sama renung ke dalam diri kita, tanya kembali; untuk apa kita berada di jalan ini.

Fikirkan kandungan surah AL IKHLAS. Moga kita tidak menyekutukan Allah dengan satu apa pun. Tinggalkan pengharapan kita pada manusia, pada pangkat dan harta, pada dunia seluruh isinya. Raihlah redha Allah, hanya Dia matlamat kita. :’)

Allahualam.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s