Anak Rantau

nak takluk negara ni, boleh?

“Boleh saya tanya? Kalau awak solat, awak sembah siapa?”

“Saya sembah Allah. Awak percaya tuhan?”

“Saya tahu Tuhan tu wujud tapi saya tak percaya sangat. Saya agama Buddha pun sebab mak ayah saya agama tu.”

Allah. Teringat perbualan saya tempoh hari dengan seorang kawan nihonjin (baca:orang jepun). Majoriti saya fikir, orang jepun memang begitu. Punya agama atau tidak, sama sahaja bagi mereka. 

Ya, mungkin di negara sendiri, kita tak nampak semua ni. Sebab rata-rata kita lihat orang bertudung, masjid di kiri dan kanan jalan, dan kalimah Allah itu bisa kita dengar di corong-codong radio saban hari. Benda biasa. Orang bagi salam, azan berkumandang  setiap kali waktu solat dan sebagainya. Tapi sebab kebiasaan itulah kita jarang hargai apa yang kita ada.  Sampai kadang-kadang nilai islam itu tiada. Yang ada hanyalah orang islam. Kenapa saya kata begitu? Mana tidaknya, masyarakat masih sibuk berjual beli ketika azan dilaungkan, masalah gejala sosial semakin hari semakin parah, kecurian merata-rata. Boleh kamu beritahu dimana nilai islam itu?

Saya kecewa. Dan saya tahu kamu juga begitu. Kalaulah Rasulullah masih hidup dizaman ini, apa agaknya perasaan baginda?Allah..

Tapi saya tidak nampak perkara itu semua di Jepun. Dan saya boleh katakan saya berasa sangat selamat disini biarpun masyarakat Jepun majoritinya bukan islam. Sebahagian mereka tidak percaya pada Tuhan. Tapi kenapa dalam diri mereka islam itu wujud?Mahu bukti?  Di Jepun, kanak-kanak kecil berjalan sendirian itu perkara biasa. Kereta berhenti untuk memberikan laluan untuk pejalan kaki itu juga biasa. Membiarkan rumah tidak berkunci juga perkara biasa. Sampai kadang-kala bila mana bas atau tren datang lewat sedikit, saya dah tidak boleh duduk diam. Asyik memandang jam setiap saat. Sampai begitu sekali ketepatan masa mereka sehingga berjaya membuatkan saya tidak senang duduk. fuhh!hey, can you imagine?tanyalah siapa-siapa sahaja yang pernah menjejakkan kaki ke sini. mesti mereka akan mengangguk kepala menyetujui ape yang saya perkatakan.

Saya bukanlah menulis ini untuk membuat perbandingan antara negara kita dan Jepun.  Tidak. Tidak sama sekali. Cumanya, saya terlalu cemburu dengan keislaman yang mereka ada. Saya akui, ada juga perkara yang tidak baik di sini tetapi dari segi peradaban mereka memang lulus cemerlang. Saya jeles, tahu? Come on muslims. Takkan nak duduk diam je?

“Belum tibakah waktunya bagi orang-orang yang beriman untuk secara khusyuk mengingati Allah dan mematuhi kebenaran yang telah diwahyukan (kepada mereka) dan janganlah mereka (berlaku) seperti orang-orang yang telah menerima kitab sebelum itu, kemudian mereka melalui masa yang panjang sehingga hati mereka menjadi keras. Dan banyak di antara mereka menjadi orang-orang fasik.”(Al-Hadid; 57:16)

Eh, wait! apa kaitan ayat di atas ni dengan cerita pasal jepun tadi. aha. sila pening-pening sekarang. senyum.

Aha. Begini.

“Kamu kata kamu islam, tapi buang sampah merata. Kamu kata kamu islam tapi penculikan sana- sini. Kamu kata kamu islam tapi selalu sahaja lewat.”

Sekarang, kamu faham? islam itu bukan sekadar di tikar sejadah. bukan sekadar pada nama. islam itu semua. dari bangunnya kamu dari tidur sehingga kamu terlena balik dimalam hari.  Sila betulkan kaca mata anda sekarang supaya seluruh dunia ini kamu nampak islam. let’s change the world! So, belum tibakah masanya??

Advertisements

2 thoughts on “nak takluk negara ni, boleh?

  1. Assalamualaikum,
    baru terjumpa blog ni dan Alhamdulillah kerana dipertemukan..
    saya sangat sukakan Jepun…dan blog ni telah menyempurnakannya sebab Jepun+Tazkirah…Terima kasih atas segala perkongsian! ~~~terlalu setuju dengan entry ini sedari belum berjumpa lagi (~_^)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s