Dakwah dan Tarbiyah

Akhwat Manja

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum wbt.

Akhwat manja. Apa yang terlintas difikiran antunna bila baca tajuk ni? Adakah membayangkan akhwat yang comel-comel, periang, dan sangat disayngi oleh murobbinya? Haaa… Bukan akhwat manja begitu yang saya nak kongsikan hari ni. Akhwat manja dalam erti kata lain adalah sesiapa (perempuan) yang mengaku mengikuti tarbiyah tapi ada beberapa ciri yang melambatkan kan dia atau mereka dalam gerabak dakwah dan tarbiyyah ini.

Pada beberapa hari terakhir jaulah Y (tempat dirahsiakan). Saya bertanya pada diri dan cuba mencari sesuatu yang sangat saya perlukan. Akhirnya, saya terpanggil untuk menyenaraikan ciri-ciri akhwat manja ini. Semestinya ciri-ciri ini adalah penilaian saya pada diri sendiri yang lemah dan hina ini. T____T … Juga berdasarkan pemerhatian saya pada akhwat di sana yang sangat ‘macho’ dek ketangkasan dan kekentalan mereka bekerja untuk Islam di negara Y itu.

Antara ciri yang saya senaraikan adalah:

1. Berlebih dalam bergurau

Tak salah untuk bergurau tapi harus berpada kerana kerja kita sangat banyak! Seorang Akhwat Y selalu mengingatkan kata-kata Imam Hassan al Banna; “Tuntutan kerja seharian melebihi masa yang ada”. Ya, tak salah tapi jangan khususkan satu waktu untuk kita duduk, berbual kosong dan bergurau!

2. Malas bangun malam

Kita tahu yang qiamulail adalah sumber tenaga iman. Tapi jarang sekali istiqamah dalam melakukannya. Qiamulail dianggap perkara ringan padahal pada satu per tiga malam adalah radar (電波) paling kuat untuk berkomunikasi dengan Allah! T-T

3. Selesa tanpa rasa ada tanggungjawab yang belum selesai

“Aku cool, aku dah masuk dalam tarbiyyah… Aku sangat suka membersihkan hati, aku sangat suka berjumpa dengan akhwat lain”. Eh. Apa masalahnya Cik Katum?

Sob sob… Hmm… Masalahnya kita tak boleh baik sorang-sorang. Ramai lagi orang di luar sana yang belum merasai kemanisan tarbiyah! Tentunya kita merasa berada di taman yang indah bila bersama orang-orang yang baik. Sangat merasai nikmat ukhwah. Tapi percayalah! Ukhwah itu lebih indah jika kita semua bersama berfikir, merancang strategi dakwah! Bukan sekadar bersama akhwat untuk jalan-jalan ambil gambar. Fu fu…

4. Enggan berkorban harta dan diri

Orait! Kita tahu kita perlu sampaikan risalah Islam, tapi keberatan?! Apa yang berat sangat tu? Susah nak jumpa adek-adek sebab jauh? Akhwat di negara Y kata “Jauh bukan penghalang!”. Memang dah jarak jauh, awak nak ubah apa lagi? Memang dah tak boleh ubah jarak, tapi bukan ke kita boleh berusaha nak pergi ke sana? Ubah ‘manipulasi’ sebab ‘constant’ memang tetap begitu. Dakwah di Jepun ni seharusnya lebih mantap sebab Jepun ada sistem masa yang sangat terurus.

Apa lagi alasan? Duit? Tahu tak, akhwat di sana ikat perut untuk jimat duit semata-mata untuk Islam! Berapa peratus harta yang kita gunakan untuk Islam? Abu Bakar as Siddiq memberikan kesemua hartanya untuk jihad di jalan Allah. Apa lagi alasan? Dah penat? Orang tak nak dengar? Berapa kali Rasulullah ketuk pintu rumah Abu Jahal? Berapa kali Rasulullah dicaci dihina? Berapa kali Rasulullah dikatakan gila? Kita baru rasa dipandang pelik sikit dah nak give up?! Orang tak kata kita gila lagi, tahu?! Hu hu… Hati-hati. Mungkin syaitan yang membiuskan rasa ragu dalam diri.

Sesungguhnya orang yang benar-benar beriman adalah oarang yang beriman kepada Allah dan RasulNya, kemudian mereka tidak ragu-ragu, serta mereka berjihad dengan harta dan diri mereka pada jalan Allah. Mereka itulah orang-orang yang benar.
[Al Hujurat 49:15]

Apa lagi ciri-ciri akhwat manja?

Banyak lagi ni… Antara lain yang saya senaraikan adalah tidak mahu menerima teguran (masuk telinga kanan keluar telinag kiri), malas mencari bahan tarbiyyah sendiri (nak mak naqibah dia je yang bagi, tak ada usaha untuk baca bahan tarbiyyah sendiri dan lain-lain) dan memandang biasa akhlak kecil (lambat masuk kelas, tidur waktu tazkirah subuh. eh… dan lain-lain).

Biasanya orang kata, berada dalam zon selesa jahiliyah takkan bawa kita kepada perubahan yang lebih baik. Tapi berada dalam zon selesa gerabak dakwah dan tarbiyyah akan membuatkan kita mudah futur. Maksudnya kita akan sukar untuk maju ke hadapan. Untuk selangkah ke hadapan, kita kena buat sesuatu dengan iman kita: MUJAHADAH!

“Dan siapa yang bermujahadah kepada Kami, Kami akan tunjukkannya jalan Kami…”
[Al Ankabut 29: 69]

Musim bermanja dah tamat… Ayuh, kerja dakwah melebihi masa yang kita ada. Masa bermain dah tamat! JOM!

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s