Tazkirah

pengecut

Assalamualaikum wbt

“mungkin kita akan diuji pada apa yg kita cakap, pada apa yg kita sampaikan, pada apa yang kita ingatkan orang lain, nasihatkan, dakwahkan.”
-kakak baik ^^ –

saya pernah ada satu pemikiran, kalaulah saya akan diuji pada apa yang saya cakap, baik saya tak cakap apa-apa. tak nasihat, tak sampaikan kebaikan. nanti saya kena uji dengan Allah. macam mana nanti kalau fail ujian tu?

hihi. senangnya saya mengambil jalan keluar.(rasa macam budak-budak pun ada)

pernah dulu saya tersungkur (hiperbola) kerana diuji dengan perkara yang sangat susah nak dibuat (tak susah pun sebenarnya, lebih kepada tak suka. manusia memang banyak alasan!). sejak tu saya mula tanam pemikiran yang entah apa-apa seperti di atas.

bila bangun dan try nak jalan balik, sejurus selepas pulang dari satu daurah, datang ujian tepat-tepat pada perkara yang saya cakap. terduduk. petang-petang pergi laut cari kedamaian kononnya.

pengecut. pengecut yang takut dengan ujian. pengecut yang cuba lari dari ujian. ujian Dia.

waktu tu, selalu terlupa. bukan ke ujian dan dugaan tu untuk menguatkan? untuk perbaiki diri?

erai kan Allah? semua manusia ada ujian masing-masing. ujian tersendiri. i dengan ujian ni, u dengan ujian tu. u pun (orang ketiga), mesti ada ujian u sendiri”
-buah hati ^^-

angguk perlahan. ya, betul tu awak. (macam mana dia boleh tahu saya perlukan ayat tu masa tu? AllahuAkbar..)

hangat rasa mata. teguran Allah, melalui dia.

orang kaya, diuji dengan kekayaannya. orang cantik (semua ciptaan Allah cantik kan sebenarnya, tapi untuk ayat ni sila bayangkan kecantikan di mata manusia ya. macam erra fazira ke…), diuji dengan kecantikannya. orang tensai, diuji dengan ketensaiannya. macam tu juga yang miskin, yang kurang cantik, yang kurang pandai, ada ujiannya juga.

tinggal sedar atau tak je. and bila sedar, macam mana kita deal dengan ujian tu. sombong dengan Allah, atau kembali pada Allah.

macam mak kita waktu kita kecik-kecik dulu kan. mak kita suruh kita buat benda-benda yang kita tak suka. tidur awal, makan ubat pahit, sapu ubat pedih time luka, balik rumah sebelum maghrib etc..

sebab mama sayang saya. saya tahu, mama sayang saya.(oh, rindu pula pada mama di seberang lautan sana)

inikan pula Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.

kerana sayangnya Allah pada kita, Dia uji kita. datangkan perkara-perkara yang boleh bantu kita perbaiki diri.

“Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”
-Surah. Al Baqarah, ayat 216-

Allah Knows best.

tersenyumlah wahai jiwa-jiwa yang sedang diuji~! mari senyum beramai-ramai. ^^ ^^ ^^ ^^ ^^ ^^ ^^ (<–ramai ni)

mari bisik dalam hati. “ya Allah, terima kasih atas ujian ini. Allah sayang saya kan?”

Allah tak pandang pada kejayaan kita, tapi Allah pandang usaha. mari berusaha hadapi ujian Allah, walau sesukar mana. itu namanya mujahadah kan?

“The basic difference between an ordinary man and a warrior is that a warrior takes everything as a challenge, while an ordinary man takes everything either as a blessing or a curse.”
-quoted-

mari jadi warrior!

say NO to pengecut. mari menjadi hamba yang disayangi tuannya.

kalau kita tak jadi orang yang menyampaikan, nasihat, dakwah, orang lain akan gantikan kita. fullstop.

Allah tak perlukan saya, Allah tak perlukan kita. tapi kita perlukan Allah.

mungkin, saya akan diuji pada tulisan ini juga. pada yang mengenali, mari ingat-mengingati.

cakap macam ni ok juga “haaaa, dulu kan pernah tulis pasal pengecut-pengecut lah, ape lah..ni nak lari menyorok gua mana lak ni nenasoren (nama samaran) oooi?” 

v^^

 *entry yang agak celaru saya rasa. maaf ya pada yang pening membaca. buah cempedak di luar pagar lah katakan. hihi.

kosa kata:

erai – hebat

tensai – genius

Advertisements

One thought on “pengecut

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s