Tazkirah

“Terasa Hati”

Bismillahirahmanirrahim.

Pernah tak dalam hidup anda kadang-kadang  terasa bagai ditumbuk,ditembak,diletup dengan sepotong kata-kata?Tahniah kepada yg pernah punya rasa itu.Dan kepada yang belum,andalah orang bertuah yang saya cari.

Dalam banyak-banyak waktu, saya paling suka bahagian dimana hati saya dijentik oleh suatu kata yang datang dari manusia ataupun Tuhan itu sendiri.

Dan kata-kata itu boleh datang dalam bentuk teguran, peringatan bahkan sepotong ayat yang ringkas. Percayalah, andai setiap baris ayat yang berunsur kebaikan itu datang pada kita, dia takkan pernah kalah untuk menyentuh hati walaupun sedikit cuma.

Alhamdulillah kerana hati ini masih mampu untuk merasa,bukannya keras,kebas atau lumpuh oleh virus yang sudah lama membina head quarters dan cawangan-cawangan yang maju.Virus-virus jahiliah.

Kadang-kadang dalam mencari identiti,mengubah imej diri dan macam-macam lagi pencarian ataupun pengembaraan untuk menjadi hamba yang benar-benar mencintai Ilahi,banyak peristiwa2 yang sedikit sebanyak menyebabkan suatu rasa di hati.peritiwa-peritiwa apabila didatangi sesuatu kata-kata yang tujuan asalnya ingin “menyentuh hati” namun sebaliknya menjadi “terasa hati”.

Teman-teman karib pada hari itu saling bermusuhan antara satu sama lain,kecuali mereka yang bertaqwa.”(43:67)

..kan best kalau apabila terasa hati,kita menganggap ini teguran dari Illahi,yang mengejutkan kita dari mimpi-mimpi fantasi untuk melakukan sesuatu pada diri?melakukan perubahan,memperbaiki diri barulah terasa hati itu menjadi rasa yang manis dan indah.

Kemudian bila kamu tidak menyukai mereka, (maka bersabarlah)  karena mungkin kamu tidak menyukai sesuatu, padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak.[An-Nisa’  (4):19]

Kadang-kadang sewaktu membaca dan cuba memahami isi al-quran,muncul ayat-ayat yg meruntun perasaan,menegur,menembak hati si pembaca..teguran dari Allah,yang mahu kita melakukan sesuatu..tapi kadang-kadang tak ada rasa langsung.

haaa?macammana ni?..mungkin hati sedang sakit,hati sedang kebas tetapi x dapat dikesan dengan alatan cangih di hospital terkemuka.simptom-simptom ini hanya mampu dikesan oleh tuan empunya hati..tetapi BERITA BAIK untuk pesakit.ada UBAT FREE!!!

Ubat hati!! ubat hati…mari mari mari,,mari ubat hati,,tak ada rugi,,hanya untung buat diri sendiri!

Ubatlah hati dengan:

  1. baca quran dan maknanya
  2. solat malam dirikanlah
  3. berkumpullah dengan orang soleh
  4. perbanyakkan berpuasa
  5. zikir malam berpanjanglah

eh!ni bukan untuk yg sakit je tau..ini untuk semua..ingat!!prevention is better than cure^_^

carilah hati,ubatilah hati..andai tak punya hati lagi,mintalah hati yang baru dari Ilahi.

jzkk.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s