Dakwah dan Tarbiyah

Saya Seorang Ghuraba

Banyak yang telah saya lalui di Jepun ini. Hidup lebih 3 tahun sebagai perantau di sini, tidak pernah membuat saya menyesal. Terlalu banyak yang saya dapat di Jepun, umpamanya jika mahu dikira tidak mungkin habis hari ini. Di sini bumi saya mengenal Tuhan. Di sini juga tumpah keringat dan air mata demi meraih segulung ijazah yang diamanahkan. Dan tahun ini, saya masih meneruskan usaha itu.

Saya lihat Islam di sini

Mesti kalian hairan bukan? Bukankah Jepun itu negara bukan Islam? Ya, majoriti bangsa Jepun bukan Islam, dan ada yang berpegang pada agama shinto dan tidak kurang juga yang tidak mempercayai wujudnya Tuhan. Namun, walaupun mereka non- muslim, saya melihat Islam itu dalam diri mereka. Seorang ulama pernah berkata,

“Aku pergi ke negara Islam, tetapi aku tidak melihat Islam di situ. Aku pergi ke negara kafir dan aku melihat Islam di situ”

Saya merasa sendiri perasaan itu. Di Jepun terlalu banyak kualiti Islam yang tiada pada negara Islam itu sendiri. Bermula dari amalan menjaga kebersihan, rajin berusaha, melayan pelanggan tanpa mengira status sehingga amalan aisatsu (greetings) apabila bertemu siapa sahaja! Bukankah semua itu akhlak Islam?

Islam itu bukan sekadar 5 perkara

Dari Abu Abdurrahman Abdullah bin Umar bin Khattab ra. berkata; aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda,

“Islam itu didirikan di atas lima perkara, bersaksi bahawa tiada Tuhan (yang berhak disembah) selain Allah, dan Muhammad itu utusan Allah, mendirikan solat, menunaikan zakat, haji ke Baitullah, dan berpuasa Ramadhan”

(HR Bukhari dan Muslim)

Islam itu didirikan di atas 5 perkara, tetapi 5 perkara itu bukan segala-galanya. Islam itu adalah cara hidup. Islam itu bukan sekadar tidak tinggal solat, bayar zakat dan lain-lain, tapi lebih luas, bermula dari cara kita bercakap sehinggalah cara kita berfikir. Semua itu adalah Islam.

Hidup sebagai ghuraba

Ghuraba bermakna asing, sama ada dari segi berfikir mahupun persekitaran. Orang Jepun sangat tertarik ingin tahu tentang kenapa kena bertudung, tak boleh minum arak, tak makan daging khinzir dan banyak lagi soalan yang yang kita sendiri tak terfikir. Kadang-kadang terasa diri ini sangat asing. Tapi, kita asing kerana kita ada Allah. Tapi, selalu saya merasa takut dan bersalah. Mungkin jika tidak berada di jalan dakwah dan tarbiyah, saya sukar merasa begini.

Mereka terlalu baik, tapi saya takut.

Jujur saya katakan, saya sangat mengharapkan setiap orang bukan Islam yang saya kenal, akan memeluk Islam satu hari nanti. Saya selalu ditemukan dengan non-muslim yang baik. Terbaru, seorang labmate dari Spain, yang beria-ia ingin menolong saya memahami magnetism dan menawarkan pdf books pada saya. Tidak kurang juga, seniors yang banyak menolong, secretary yang baik hati dan sensei (cikgu) yang baik. Pendek kata, jika ditanya apakah pendapat kamu tentang orang Jepun, jawapan pertama yang keluar dari mulut saya adalah ‘baik’.

Kerana mereka baik saya merasa bersalah. Kerana mereka baik saya merasa takut. Saya merasa bersalah kerana tidak mampu membuatkan mereka faham apa itu Islam sebenarnya. Saya tidak mampu mengatakan “lihatlah diriku, itulah Islam”. Saya tidak mampu menzahirkan Islam itu sepenuhnya melalui akhlak saya.

Takut ketika dihisab di sana nanti, mereka akan menyalahkan saya,

“kenapa dahulu kamu tidak menyelamatkan kami?”,

“kenapa dahulu kamu tidak menyampaikan pada kami?”

Sungguh, takut tibanya waktu itu. Sungguh, semoga Allah bukakan hati mereka untuk menerima Islam itu, cepat atau lambat. Sungguh, amat berharap.

Tugas ghuraba bukan kecil. Semoga dalam setiap langkah kaki, degup jantung kita, ada redha Allah di situ.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s