Dakwah dan Tarbiyah

musim bunga-bunga cinta?

“musim bunga telah tiba, dan ia datang membawa cinta..”

Orang cakap bila tiba musim bunga, hati pun akan rasa bunga-bunga. er, betul ke?

Senyum. It’s true. Indeed.

Ini kali kedua saya merasai musim bunga dibumi Jepun ini. Selama ini saya juga tertanya-tanya apa yang istimewa sangat pasal bunga sakura ni? Sehingga semua orang ternanti-nanti kehadirannya?Kata adik saya:

“Ala, kat tv kan banyak tunjuk pokok sakura. tak payah pergi Jepun pun boleh..dah bosan tengok sakura.”

Aha.begitulah dia. Penat juga saya berdebat dengannya memberitahu kecantikan sakura itu tapi nampaknya usaha saya masih gagal. Baiklah, begini. Sakura hanya hidup dalam masa yang singkat di musim bunga. Seminggu lebih barangkali. Dan bagi tempoh mankai (kembang penuh) mungkin empat@lima hari. Singkat sekali. Jadi, kamu tentu boleh agak kan mengapa orang Jepun begitu menyukai sakura? Bunga cantik yang hanya datang bagai menyinggah seketika cuma dibumi ini. Manusia memang begitu. Sukakan keistimewaan dan tertanti-nanti akan sesuatu yang istimewa. Macam sakura. Semua orang tahu tempoh hidup sakura itu singkat, dan kalau boleh, tidak mahu melepaskan peluang melihat kecantikannya. Begitulah. Bunga sakura ini bukan sekadar hadir untuk dilihat sahaja tetapi ia sebenarnya membawa kita mengenal Penciptanya. Mengapa saya kata begitu?

“Behind every creature, there must be a creator.”

Orang Jepun juga begitu barangkali. Pasti. Mereka juga turut memikirkan mengenai Pencipta sakura ini. Bezanya, mereka tidak tahu siapa Penciptanya. Di situ kita nampak tugas kita. Kita kenal siapa Pencipta sakura atau lebih tepat saya katakan, kita kenal siapa Pencipta seluruh alam ini tapi kita hanya duduk diam membisu. Kalau begitu, sampai bila kita mahu membiarkan mereka diluar sana tertanya-tanya? Jangan, jangan begitu. Kerana manusia diluar sana ibarat sedang mencari sesuatu benda yang hilang, tapi tidak tahu apakah ia.  Ibarat sedang mencari sesuatu dalam gelap, tanpa sebarang cahaya. Dan tugas kita ialah menghulurkan lampu kepada mereka. Syurga Allah itu kan luas, takkan kita nak masuk sorang-sorang je kan?

“Dan berjihadlah kamu dijalan Allah dengan jihad yang sebenarnya. Dia telah memilih kamu dan Dia tidak menjadikan kesukaran untukmu dalam agama..”(Al-Hajj,22:78)

Jadi, tunggu ape lagi?Challenge yourself. Beranikan diri untuk memberitahu mereka mengenai Sang Pencipta seluruh semesta ini iaitu Allah. Bukan esok, tetapi hari ini. Sebab mana kita tahu sama ada tempoh hidup kita singkat macam bunga sakura, kan?

“Dan jangan sekali-kali engkau mengatakan terhadap sesuatu, “Aku pasti melakukan itu besok pagi..”(Al-kahf,18:23)

 Moga-moga pada musim bunga yang akan datang, mereka turut merasai cinta Illahi yang diterbangkan bersama sakura.

He really knows how to make me smile.

like always :’)

Dan saya pasti kamu juga begitu^^

Advertisements

One thought on “musim bunga-bunga cinta?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s